Mug custom-made gambar sendiri

Sempena hari lahir mommy yang ke 30 pada 14 Ogos yang lalu, mommy menerima banyak hadiah. Tua-tua pon ada hadiah lagi. Best sangat..

Siapa yang bagi hadiah?
Kawan-kawan blogger dari EFG yang bagi hadiah ni. Daripada exchange feed di blog, kami exchange birthday gift bermula pada bulan Julai yang lepas.

Memeriahkan suasana group EFG yang ditubuhkan pada 25 Januari 2015. Ahli EFG terkini adalah seramai 29 orang. Masih ada lagi yang PM nak join. Mommy bukan taknak terima. 29 orang ni pon dah fening nak melayan.

Ok ok mommy nak share hadiah pertama yang mommy terima daripada blogger azlindaalin.com

Mug ada gambar mommy sekeluarga

Tau siapa yang excited dapat mug ni? Mesti lah anak-anak mommy sebab ada gambar mereka juga. Berebut pulak mereka nak minum guna mug ini. Kesudahannya mommy simpan. Sebelum mug ni pecah. Ohoii sayang lah orang bagi..


Terima kasih mummy lin for this lovely mug. Korang kalau berminat nak jugak boleh godek blog mummy lin. Mummy lin ada share nak tempah kat mana. 

4 comments:

  1. BLOGWALKING

    https://belogs.blogspot.my/2016/09/segmen-jm-nak-url-blog-1-3september2016.html

    ReplyDelete
  2. Suka sangat kalau mug ke kusyen ke ada gambar sendiri... Rasa macam comelnyeeeeeee....!

    ReplyDelete
  3. camner nak tempah mug custom made mcm tu?

    ReplyDelete