Happy birthday Anak Merdeka! 31 Ogos

Mommy memang dok minta daddy belikan Secret Recipe. Birthday mommy dah dapat kek Baskin Robin. Daddy macam setuju tak setuju. Daddy suruh beli 1 slice je.. Huwaaa daddyG nie.. Tapi akhirnya daddy pasrah je. 

"Ikut you lah..". 

Hahahahaa...

Happy 5th Birthday Adam Rayyan

Kek pilihan hati adalah coklat indulgence. Ada 5 batang lilin, Adam Rayyan dan 5 tahun. Semakin besar Adam, semakin tua lah mommy. Mommy dah 30 tahun. Adam pon dah ada dua orang adik.

Bila dah tua ni, nak buat birthday party tak berdaya rasa. Lagipon bukan ada yang nak membantu mommy di bahagian dapur. 

Tempah je la? Hurmm insyaAllah satu hari nanti.. 

Orang nampak mommy duduk rumah macam relax. Tapi mommy tak ada banyak masa pon. Kerja tak pernah habis. Badan tak pernah berhenti buat kerja. Mungkin la sebab masih menyusu anak kot. Penat tau. Tak boleh tidur lena sepanjang malam macam daddy. Entah berapa kali adik Amal terjaga. Ok dah jauh bebel dah.

Pukul 9.30 malam mommy pergi rumah jiran, jemput mereka ke rumah untuk makan kek. Hahaha jemput pon last minit sebab semua tak dirancang. Mommy jamu kek dan air teh. Mommy sempat goreng keropok keping sikit.

Adam bersama kawan-kawan

Dah macam tadika pula bila tengok mereka berbaris nak potong kek. Dari kiri Amirul, Aiman, Adam, Anis, Qaqa, dan Azim. Di hadapan Aiman, Chacha adik Aiman.

Semangat kan mommy tiup belon. Ha ha ha... Sebab belon ni tak susah untuk ditiup.. Kalau susah, dah pasti mommy tak kuasa nak meniup banyak-banyak belon ni. 80 biji belon juga lah mommy tiup dan banyak juga dah pecah.

Kawan baik tu kawan yang boleh dibawa bergaduh..haha

Dalam ramai-ramai kawan, Adam gaduh gaduh manja dengan Aiman je. Dengan yang lain tak boleh masuk sangat. Kalau tanya nak main dengan siapa? Jawabnya "Aiman."

Malu-malu lah anak daddy seorang ni

Adam ni sangat pemalu. Orang semua dah tak sabar nak potong kek, dia boleh lari menyorok dalam bilik. Tengok la muka pemalu itu. 

Makan kek

Mommy saja lah ajak kawan-kawan Adam datang makan kek. Sebenarnya dah lama juga Adam tak main dengan kawan-kawan dia ni. Dekat 3 minggu juga la.. Nak tunggu semua orang baik demam. Kemudian mommy pulak sakit gigi sehinggalah dah arwah gigi mommy. Sekarang dah beransur baik. 

Yang turut serta

Nampak anak gembira, mommy pon gembira..

Mommy punya kerja. Kata best friend kan..

Adik Amal je mengada menangis-nangis nak mommy. 


Sepanjang 5 tahun ni, mommy baru sekali buat birthday party untuk Adam. Untung la ada juga. Anis dan Amal belum pernah lagi. Hahaha

Throwback hari jadi Adam Rayyan

Tahun kedua, 2013, semua orang kena sakit mata. Maka buat potong kek di rumah sahaja.

Tahun ketiga, 2014, semua kena pantang kek sebab Anis kena ekzema.

Tahun keempat, 2015, mommy masih tak makan kek lagi. Adik Amal baru 5 bulan. Masih menyusu dan mommy tak makan merapu lagi. Takut nak makan macam-macam sebab dulu Anis dah kena ekzema.

Tahun kelima, 2016, semalam, mommy berjaya bodek daddy beli sebiji kek. 

Tahun 2017? Mommy rasa kena buat birthday party untuk Amal atau Anis dulu. Baru adil kan? Hahaha...anak-anak mommy ok je. Mereka takde hal pon kalau mommy daddy tak buat apa. Mommy ja lebih-lebih ni :P

Apa-apa pon, mommy doakan Adam Rayyan jadi anak yang soleh. Membesar dengan sihat. Ameenn...

4 comments:

  1. Happy belated befday Rayyan..semoga jd ank yg soleh dan berjaya dunia akhirat :)

    ReplyDelete
  2. tahun 2017 ti buat je spegeti dan goreng nugget.. mak kekny dulu buat goreng nugget, sosej dan kentang je.. masak sodap sodap budak budak bukan nak makan sgt kan hehehehe omeynye mummy pakai spek itam tu hahaha

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah
    selamat ulang tahun yng kelima rayyan
    semoga membesar sebagai anaak soleh mommy and daddy
    mjdi contoh yg baik buat adik anis and amal
    rajin solat
    dan berjaya di dunia dan akhirat
    aamiin

    ReplyDelete