Sebenarnya mommy memang merancang nak letak kaki pada KALLAX. Personal Shopper IKEA ni pandai menggoda tau. Mereka letak gambar yang dah siap pasang cun punya. Maka kita ni mula lah memasang angan-angan.
Malangnya masa pergi IKEA tempoh hari, mommy cari punya cari kaki KALLAX ni tak jumpa. Tanya pulak staff IKEA, dia jawab kaki KALLAX ada yang beroda je. Grrr
Deko rumah dengan IKEA KALLAX
Mon, 29 Aug 2016 10:06:00 GMT
Dok tengok KALLAX hari-hari buat mommy gundah gulana. Hoii nak kaki dia jugak! Jadi mommy hubungi PS Jepp. Minta Jepp belikan kaki KALLAX, CAPITA.
Harga CAPITA 16cm: RM30
Upah: RM5
Pos: RM10
Hari tu dah nak suruh Jepp belikan. Tapi daddyG kata kita pergi cari sendiri lah sebab kita nak g IKEA. Hahaha memang CAPITA ni berjodoh kuat dengan Jepp lah...
Hari tu dah nak suruh Jepp belikan. Tapi daddyG kata kita pergi cari sendiri lah sebab kita nak g IKEA. Hahaha memang CAPITA ni berjodoh kuat dengan Jepp lah...
CAPITA |
Ada yang bertanya pasal PS. Mari mommy kenalkan PS Jepp. Senang berurusan dengan beliau.
Group facebook: IKEA MALAYSIA HOT ITEMS {Bersama Jepp & Farah}
CAPITA sampai dengan POSLAJU pagi tadi. Tapi 8.30 malam tadi baru daddyG free nak pasang.
DaddyG memasang CAPITA |
Cantik! Cantik! Cantik sangat!
Cun lah KALLAX mommy bila berkaki |
Mommy sila menabung untuk beli cermin nak letak atas KALLAX. Letak cermin besar mesti cun giler kan!
Ye la..cun...akak suka je barangan IKEA tp tu la nak kena bawak lori kalau pi shopping situ..iolls rambang mata...
ReplyDelete