Bila Adam mengamuk | Ini keadaan rumah bila Adam mengamuk.
Langsir jatuh. Ohh langsir ni memang takde paku. Hanya ketatkan pemegang di antara dinding. Senang jatuh apabila ditarik. Tapi dah lama tak jatuh.
Kotak tisu dikoyak. Ermm tengok, tisu baru je guna.
Kertas dikoyak.. Penyelesaian selepas mengamuk adalah tidur. Tidur dengan air mata.
Kisah bermula apabila Adam merajuk mommy taknak ajar dia buat kerja sekolah. Bukan tak nak ajar. Dah ajar dah. Nanti la sambung lagi. Mommy mengantuk. Mommy nak berehat sekejap.
Mommy minta kemaskan buku-buku dan pensil dia taknak. Ok fine. Taknak maka mommy masuk rehat dalam bilik. Tutup pintu!
Anis dan Amal ada kat depan juga. Adam mengamuk.
Stress tau mengajar dalam keadaan penat dan mengantuk. Bukan mommy tak layan dia pon tadi.
Bila dengar Anis menangis, mommy pon buka pintu. Adam mengamuk, Adik pon jadi mangsa.
Lalu mommy pon ambil adik-adik duduk dengan mommy. Biarkan Adam tenang sendiri. Sampai dia tertidur.
Ingatkan masalah dah selesai. Kita kena ambil daddy. Mommy kejutkan Adam yang sedang tidur. Adam mengamuk lagi.
Drive dari Meru ke Shah Alam, Adam menangis tak henti. Mujur lah Amal tidur tak terkesan bunyi bising. Anis pon di belakang dengan Amal.
Mommy minta Adam diam sebab kita nak jumpa daddy. Takkan la nak jumpa daddy dengan menangis macam ni. Dah nak sampai baru Adam diam.
Jumpa daddy, mommy dukung Adam ke belakang. Peluk dia sampai dia mula bercakap. Dah cakap tu ok dah la tu...
Bila dia tengok gambar nangis tu, dia gelak dan cakap "Macam harimau"... Ha ha ha
Sebelum tidur, mommy betulkan kerja sekolah Adam. Kalau cikgu ajar, pelajar boleh terima bulat-bulat. Bila mak sendiri yang ajar, jadi payah. Tak nak ikut. Itu yang buat mommy geram tu.
Tapi malam dia dah boleh terima apa mommy ajar. Dah mengamuk sakan kan siang tadi.
"Adam nak tidur dengan mommy.", macam tu lah kalau tiap kali buat perangai. End up nak mommy peluk dan tidur sekali. Anak sulong memang manja kan... Ha ha ha