Selera Terengganu Kita di Shah Alam; Delong Coffee & Such | Mencari kedai makan yang menjual masakan negeri Kelantan sangat mudah sehinggakan makanan Kelantan sangat digemari oleh sesiapa sahaja. Berlainan untuk kali ini, mommy makan di dELONG Coffee & Such terletak di Shah Alam yang menyajikan masakan Terengganu. Kali pertama rasanya mommy makan masakan Terengganu di Shah Alam.
Delong Coffee & Such |
Menurut pemilik dELONG cofffee & such, nama dELONG berasal dari nama kampung ayah beliau dilahirkan. Unik sangat nama Delong sehingga kalau mommy google nama Delong tiada lagi carian bagi perkataan tersebut.
Delong Coffee & Such |
Hari ini merupakan hari pertama dELONG Cafe dibuka. Semalam tu adalah food testing. Suasana dan susunan di dalam cafe sangat simple dan menenangkan. Nampak gayanya pemilik dELONG adalah IKEA lover. Semua set IKEA tau. Boleh geng mommg ni. Hehee
Selera Terengganu Kita di Shah Alam, Delong Coffee & Such |
Selera Terengganu Kita di Shah Alam; dELONG Coffee & Such
Apakah makanan atau menu sajian di dELONG Coffee & Such? Menu utamakan yang diperkenalkan kepada kami adalah Chalong dan Nasi Carrot Ayam Masak Merah.Homemade Fish Ball |
Istimewa Chalong bagi mommy yang pertama kali merasa adalah fish ball homemade. Rasa ikan yang segar dan lembut. DaddyG habiskan dua mangkuk Chalong sambil menyuap anak-anak.
Chalong |
Nasi Carrot juga sangat menarik kerana nasinya merupakan resepi pemilik cafe sendiri. Inspirasi daripada anak beliau yang susah nak makan sayur, maka terhasil nasi carrot.
Nasi Carrot & Ayam Masak Merah |
Jika korang perasan, menu di sini adalah menu diet sihat. Satu menu cukup semua zat. Termasuk air soda Bukit Besi yang mengandungi campuran soda, lemon, daun pudina dan serai.
Selain daripada Air Soda, terdapat dua jenis minuman yang istimewa iaitu Lala Choco Drink dan Lala Strawberry Drink.
Campuran Air Soda Bukit Besi |
Selain daripada Air Soda, terdapat dua jenis minuman yang istimewa iaitu Lala Choco Drink dan Lala Strawberry Drink.
Lala Choco Drink |
Adik Amal suka Lala Strawberry Drink. Sakan dia minum berebut dengan mommy. Rasa buah strawberry segar dan tak terlampau manis.
Sedapnya Lala Strawberry Drink |
dELONG Coffee & Such juga menyajikan makanan Western seperti Chicken Chop dan bermacam menu lagi dalam "big portion".
Hari ini cafe dah mula beroperasi. Korang dah boleh serbu dan menu akan bertambah dari hari ke hari. InsyaAllah dalam masa sebulan lagi, Cafe dELONG Coffee & Such akan berjalan sepenuhnya. Wahh tak sabar nak datang rasa pelbagai menu di sini. Baru dua je dah aumm.. Harap cafe ini akan terus maju jaya.
Nak cari makanan Terengganu dan rasa original Terengganu jangan lupa singgah di sini.
Alamat : No 8 , Jalan Opera A U2/A ,Seksyen U2 TTDI Shah Alam , Selangor ( Berdekatan dengan Petron )
No tel : 013 958 3797 / 012 280 8996
Instagram : @delongcoffeeandsuch
air die sedap
ReplyDeleteSedap pulak tengok fishball tu
ReplyDeleteoh sedapnya
ReplyDeleteBestnya.. Teringin nak makan chalong ngn nasi carrot tu.. Menarik..
ReplyDeletenasi dagang x dak ke?
ReplyDelete