Mommy daddy nak hantar Adam mengaji Iqra dengan Ummi mulai bulan Ogos. Malangnya 1 Ogos berlaku kejadian Anis yang memerangkap diri sendiri bersama Amal dalam rumah. Hari selasa Adam sakit kaki tak pergi sekolah. Hari Rabu petang pergi klinik. Hari Khamis baru lah mommy bawa Adam ke rumah Ummi.
3A |
Adam buat perangai taknak masuk rumah Ummi. Dah masuk rumah taknak baca pula. Sampai nangis. Adoi malu lah. Paksa punya paksa sampai dia buka mulut juga. "Selagi tak baca kita tak boleh balik.". Akhirnya Adam baca juga.
Adam mengaji |
Ummi minta Adam datang dengan Aiman dan mommy jangan ikut sekali esok hari.
Mommy hantar sampai rumah mama aiman sahaja. Kemudian mereka berdua pergi mengaji.
Adam dan Aiman balik dari mengaji |
Hari Ahad malam mommy disapa Ummi di majlis hari jadi intan. Ummi kata Adam ok ja bila datang dengan kawan. Alhamdulillah
Satu perkara mommy suka budaya mengaji di taman ini. Kanak-kanak seusia awal 4 tahun sehingga sekolah menengah seramai 55 orang termasuk Adam akan mengaji di rumah Ummi dari jam 10 pagi sehingga 7 malam.
Pulang je dari sekolah mereka akan terus ke rumah Ummi. Ummi akan mulakan dari iqra 1 sehingga Iqra 6 dan seterusnya membaca Alquran. Yuran seorang hanya RM20.
Semoga terang hati Adam Rayyan dan mudah menerima pelajaran. Aaminn.
Comelnya dorang bertiga ni... Nak2 si kecik tu... He He He..
ReplyDeletewah..bagus2... semoga jadi anak soleh..insya-Allah..amin. =)
ReplyDelete3A, comel jer semua. bagus cepat2 habiskan iqraq nak baca al quran pulak
ReplyDelete