Mommy pergi
Jualan Terus Dari Ladang di FAMA Selayang Jumaat lepas. DaddyG siap cuti. Punya semangat sebab kami nak cari durian sedap. Sebelum ni beli D24 sekilo RM12.. Ermm beli 5 biji, 2 biji ja sedap..
|
FAMA Selayang |
Mommy macam sejak berOnePlusOne ni memang bertambah suka selfie. Gambar cantik sangat.
|
Sebelum masuk ke kawasan FAMA Selayang |
|
Cempedak |
Masuk je kami disambut dengan gerai cempedak. Waaaa bestnye..boleh la beli kejap lagi ni..
|
Gerai nenas |
Mula-mula masuk kami pusing-pusing je. Kebanyakan gerai dah berkurangan buah mereka. Bila dah datang sini baru lah mommy tahu FAMA buat macam ni sebulan sekali. Selalu lepas 'gaji'.
Buah pertama yang mommy beli adalah jagung. 12 batang RM10. Konon nak pilih sendiri. Berpeluh nak pilih 12 batang tengah panas.
|
Pilih pon sempat posing mommy ni |
Cuaca panas sangat. Maka daddyG bawa Adam Anis Amal ke tempat lain. Mommy je pilih-pilih dan beli.
|
Booth selfie |
Posing jangan tak posing mommy. Keke
|
Nenas sebiji RM2 |
Tempat akhir kami tuju adalah durian. Ini misi sebenar kami. Beli durian IOI sekilo rm22. Mommy minta makan kat situ je. Nanti pakat pening kepala dalam kereta pulak. Dah la bau durian kuat sangat.
|
Isi dia sedap |
Durian kat sini boleh rasa dulu sebelum beli. Rasa sikit je la. Secolet je pun. Bagi daddyG rasa sikit. DaddyG pon kata sedap. Dua biji RM52. Tapi makan puas hati lah. Semua isi sedap.
|
Adik Amal pon suka |
|
Ermm yummyyyy |
|
Ini dalam gambar cantik, rasa pon sedap sangat |
|
Add caption |
|
Tengok daddy dia makan...daddy makan paling banyak |
|
Anis pon layan makan dua ulas durian |
|
Berbaloi la walaupon mahal. |
Lepas ni mommy tak minta lagi dah la nak makan durian. Dah puas dah dapat makan yang sedap. DaddyG yang tak pernah sendawa durian, kali ni mommy terpaksa turunkan cermin kereta setiap kali daddyG sendawa. Phewwww bau diaa tak tahan.. Mengekek gelak laki bini itu dalam kereta kerana aroma sendawa durian..
Buah lain yang mommy beli adalah pisang, jambu tanpa biji, kuah rojak makbee dan nenas.
|
Pisang rm6.70 |
|
Jambu rm12 |
|
Rojak MakBee rm5 x 2 |
|
Nenas rm2 x 5 |
|
Jagung rm10 |
Dah ada anak-anak, maka hari ini belanja air sahaja rm12. Silap kan tak bawa bekal air. Hehee
Semua buah ok kecuali nenas. Masa nak pilih nenas tu akak kedai minta pekerja dia pilih. Beli 5, 2 biji tak boleh makan. Rugi lagi rm4.
Lepas ni, apa jadi pon mommy kena pilih sendiri. Kalau buruk pon tak boleh nak bengang. Sebab sendiri pilih.
Buah cempedak tak beli pon. Huhuhu. DaddyG taknak beli.. Sabar je lah.. Angan-anganku musnah.. Nasib dapat makan durian sedap dah tadi..
Akhir kata terima kasih kepada penaja iaitu daddyG. Hehe terima kasih daun keladi, kalau ada rezeki lebih, belanja la lagi. Ehh?? Tadi kat atas bukan kata takmo dah ka? Hahahaa
Wah.. mengancam betul duriannya.. berbaloilah dengan harga..
ReplyDeleteterliurnya tengok isi durian tu..
ReplyDelete