Dulu lagi mommy dan daddyG akan sekali sekala pergi shopping di IKEA. Tapi sejak mommy terjoin group IKEA di facebook, selalu sangat la mommy akan tengok barang-barang IKEA. Tu pon selepas mengenali jiran mommy, Piya. Bila kenal Piya, kami cerita pasal IKEA, Piya bagitau dia beli barang As Is IKEA.
Apa itu As Is?
As Is ialah singkatan bg nama As It Is. Ia menjual item IKEA seperti ex-display, discontinued, dented, kotak koyak, scratch dan lain-lain. Hampir kesemua barang yg di jual masih dalam keadaan elok dan boleh dipakai. Kebanyakan item yg di jual merupakan item ex-display melainkan diberitahu. Harga jualan di As Is adalah dari 50-80% dari harga asal.
Bila dah hari-hari masuk group facebook IKEA As Is, maka mommy kenal la beberapa orang PS(Personal Shopper). Mommy jela kenal depa. Hehee..
Minggu lepas, PS seorang ni update pasal HARGA RUNTUH KALLAX. Mommy terus PM. RM150 sekali upah. Normal price KALLAX RM249.
Mommy pon dapat beli satu KALLAX. Lepas beberapa hari mommy beli KALLAX, harga KALLAX naik jadi RM299.
Wahhhh memang rezeki sangat mommy dapat RM150. Hari Sabtu mommy ke Cheras jumpa PS. Alang-alang dah beli KALLAX, mommy pon mencari lah insert KALLAX sekali.
Balik rumah, semua dah kepenatan. Hari Ahad baru lah usaha memasang KALLAX dibuat. Dekat 3 jam juga lah daddyG memasang. Mommy tolong la sikit-sikit.
Pemasangan KALLAX |
Kalau mommy seorang memang tak boleh la nak pasang ni. DaddyG siap guna perut dia, paha dia nak pasang. Hahaha merah habis badan terutamanya tapak tangan.
Hasilnya setelah memasang INSERT KALLAX, taraaaaaa......
KALLAX beserta INSERT KALLAX |
Cun sangat! Ada 4 laci, 2 pintu dan 2 kotak. Sayangnya mommy beli satu je pokok bunga tu. Hahaa
Mommy macam nak cari cermin nak pasang di dinding atas KALLAX. Mesti lagi cun kan.. Ada juga perancangan nak letak background langsir putih.. DaddyG kata buat habuk berkumpul jer nanti.. Uhuhuu..