Sampai je rumah petang semalam singgah beli makanan. Balik rumah nanti terus masak nasi je. Pastu boleh makan. Penat kan, selalu macam tu lah bila balik dari kampung..
Balik rumah mommy mop lantai. Sebab seminggu tinggal rumah berhabuk. Kang selsema teruk. Tak boleh di bawa main dengan habuk bandar ni. So sental la ruang tamu, dapur, bilik tidur.. Sental mcm orang jepun/korea tu tau. Kalau vacuum tak puas hati jugak. Habuk yg melekat kat lantai tu tak hilang. Kalau sapu je, berterbanganlah di udara. Terus boleh dapat selsema...
Dah tiba masa nak makan, mommy cari lauk yg dibeli tadi. Tak ada! Hah? Cari sana sini tak ada juga. Dah terbuang dalam tong sampah ke? Hadoi, nak puas hati pergi la cek tong sampah. Tak ada. Lega..
Jadi makanan tu masih ada dalam rumah. Kat dapur tak ada. Kat bilik tak ada. Haihhh mana pergi ni? Hang pi mana? Hang dok mana?
Mommy beli tomyam daging, ayam goreng kunyit dan kailan ikan masin.
Hampa tau dok mana? Dalam bakul baju yang mommy dah timbun dengan baju dah pakai yang dibawa dari kampung. Pelik betul letak makanan dalam bakul baju kotor.
Cc: yg mengangkat makanan
mcm mane mknan tu blh duk dlm bakul baju? haha..
ReplyDeletepenoh misteri..
hahaha macam mana boleh duduk dalam bakul baju? nasib jumpa juga akhirnya..
ReplyDeletehahaha..mesti masa lepas beli tu main letak je dalam bakul pastu tak ingat..hihi
ReplyDelete