Bujang vs Kahwin

Dulu bujang sekarang dah kahwin. Dulu berdua sekarang berlima. Haa lima ambik kau. Berat pon dah bertambah juga walaupon nampak macam kurus. Wajib la memilih gambar yang nampak kurus dan cantik. 

Gambar di atas adalah gambar sebelum kahwin. Belum bertunang lagi tapi dah bercinta. Ha ha ha. Kami dulu kawan baik tau. Lama berkawan baik, akhirnya my bestfriend is my husband. 

Selagi tak kahwin tu, kita takkan kenal perangai sebenar pasangan kita. Kalau yang dah berkahwin tu mesti dah faham. Totally berbeza walaupon bertahun bercinta. Mommy berkawan lama. Tapi masa berkawan tu lain. Kita buat benda sama-sama tapi tanpa melibatkan perasaan. "Kau nak kecik hati buat apa, kawan kau je kot.". 

Masuk alam percintaan. Amboi masing-masing dah pandai merajuk. Dah masuk alam perkahwinan, terus mula bergaduh. Pasangan lain mommy tak tahu. Lama juga la drama gaduh-gaduh ni. Biasa la alam rumah tangga ni. Macam rempah kari. Ada pedas, masam, pahit, manis, masin bercampur sekali menjadi kuah kari yang sekali. Oucchh bila mommy berbahasa..

Saiz badan juga bertambah. Tapi tak banyak la. Masing-masing jaga badan supaya " tak pandang yang lain ". Ha ha ha

Mommy tau la kalau dah lalu depan mata takkan nak tunduk pulak kan. Pasti menjamu mata. Haaa satu lagi jangan menggatal nak panggil tok laki mommy "abang". 

Bujang vs kahwin

Tengok kan, jeles tu...yo laa... Kome tak jeles ke tengok laki kome di panggil abang dek perempuan lain. Kalau blogger boleh panggil daddyG. Kalau kat pejabat panggil je encik. 


Sebab tu mommy tapis dulu entry blog. Lembaga penapisan luluskan baru publish. Mommy tak rasa tak selesa pon. Seronok lagi ada sebab orang yang mommy sayang support apa mommy buat. 

Apa beza dulu dan sekarang? 
Hurmm makin matang kot.. Anak dah tiga.. Eh jangan di tanya bila nak tambah.. Lemas pulak bila dapat soalan begitu. Elehh mommy pon sibuk jugak tanya hal orang kan..

Bila Amal dah besar ni pon, dia dah pandai nak perhatian. Tak bagi mommy pegang handphone sangat. Ni sambil melayan Amal main. Sekejap-sekejap dia tarik handphone. Sabar la adik. Bila nak siap entry mommy ni.

Satu bab yang berbeza masa bujang vs kahwin adalah masak. Masa bujang mommy boleh masak sakan kot. Dengan buat kek bagai. Tapi dah kahwin, macam tak reti masak. Sabar je la. Kadang terkurang masin la. 

Ok Amal dah tarik baju yang mommy lipat. Sampai kat sini je la entry bebel ni. Selamat merasai kenikmatan rumahtangga tahun ke 6. 12 Disember baru genap 6 tahun. 

5 comments:

  1. hehehe kita pun tak suka orang panggil abang -,- dari zaman bercinta lagi. geli geleman pulak. macam 'ko pehal takat muda setahun nak panggil laki aku abang'.hahaha

    ReplyDelete
  2. rempah kari babas ke alagapas?... ke adabi..?

    ReplyDelete
  3. yup irra..lain kan. zaman cinta n kawen. Apa pun ianya dpt mematangkan kita dgn lebih lagi :)

    ReplyDelete
  4. amboi...berseri2 muka masa bercinta..haha...bab masak tu betul..masa belum kawen, hari2 masak..macam2 lauk..bg future husband makan..konon nak impress haha...lepas kawen, sampai anak 1, sampai nak masuk 2, Ya Rabbi.....nak masuk dapur susah betul..

    ReplyDelete