Baraan raya eratkan silaturrahim

Baraan raya eratkan silaturrahim | Kalau sebut pasal raya, perkara yang best adalah pulang ke kampung. Masa ni la nak jumpa saudara mara. Bila masing masing dah pulang ke pangkuan jalan, rindu datang bertandang. Nak balik jauh. Nasib la ada keluarga kedua iaitu jiran tetangga. Dulu masa tinggal di Shah Alam, mommy hanya rapat dengan Aunty Leyla seorang jiran india. Rapat dan baik sehingga sekarang. Bila pindah ke BBR, sempat bermesra beberapa bulan sahaja dengan CikMee kemudian mereka berpindah. Bila kami berpindah ke rumah sekarang,  mommy baik dengan jiran selang beberapa buah rumah, kak Nor dan kak Yah. Dua-dua orang jawa. Mereka la bagitau mommy raya nanti kita buat baraan. Apa tu baraan?

Ada yang kata baraan ni adalah berzanji atau marhaban dari rumah ke rumah. Kak Yah kata kita berkumpul dan beraya dari satu rumah ke satu rumah. Ok, mommy masih tak dapat memahami lagi. 

Hari Selasa petang kononnya mommy nak ajak Kak Nor dan Kak Yah makan soto. Pertama kali mommy buat soto sendiri. Mommy call kak Nor, kak Nor tengah buat laksa dan jemput mommy datang malam tu. Tak dapat la kak Nor datang rumah mommy petang tu.

Malam tu mommy nak keluar pergi rumah kak Nor semua anak-anak tidur. Bila mommy nak gerak, mereka pon terjaga seorang-seorang. 9:30 baru mommy keluar rumah dengan Adam, Anis dan Amal. DaddyG tak follow sebab tak sihat.

Pergi rumah kak Nor, "Mama Nor tak ada. Mama Nor pergi rumah Mama N", kata anak kak Ani.

Jom la kita pergi beraya rumah mama N. Selama ni dengar nama je. Tak pernah jumpa lagi. Tak pernah kenal lagi dengan mama N. 

Sekali masuk rumah mama N, ramainya orang. Penuh ruang tamu mama N. Ada kak Nor dan suami, kak Yah dan suami, kak Ani dan suami, kak ina dan suami serta dua keluarga lain. Nervous mak! Ingatkan kumpul isteri-isteri je..

Mereka tanya mommy, " Mana abang?". 

"Suami tak sihat. Ada di rumah."

Tak berbual lama pon, mereka nak ke rumah kak Yah. Dah lama kot mereka kat sini. Mommy ja lambat sampai. Lepas tu mereka nak datang rumah mommy. Hah? 


Adehh macam mana ni. DaddyG dia taknak ikut tadi sebab tak sihat. Jadi nya mommy macam serba salah. Lain kali la kot. Dah la daddyG tak reply pon mommy message dia. 

"Kau call la laki ko irra", kata Kak Nor. Beriya depa nak datang ni. Jadi mommy pon call la daddyG. 

DaddyG kata ikut la. Jadinya tolong la mommy kemas rumah kejap sebelum mommy sampai.

Pertama kali didatangi oleh ramai orang buat mommy cuak sangat. Kelam kabut malam tu. DaddyG cool macam biasa la. Nasib la kak Yah dan anaknya Intan bantu di dapur. Haha irra...irra...


Iye la mommy pertama kali tau dapat tetamu ramai macam ni. Gathering hari tu? Gathering lain. Makanan pon semua order je. Pastu dah plan 3 bulan sebelum majlis. Bila nak buat gathering lagi ni? Haha


Esoknya Rabu bersamaan 13 Julai 2016 / 8 Syawal kami menyambung Baraan. Jalan kaki beramai-ramai ke rumah kak ina. Kali ini yang muda remaja pon join sekali. Tapi kami singgah rumah kak ida dulu. Kak ida buat nasi lemak hijau. Sedap.


Lepas tu ke rumah kedua rumah kak ina. Ada maggi goreng dan bihun goreng. DaddyG pon join sekali malam ni.


Seterusnya ke rumah ummi dan walid. Ummi dan walid mengajar mengaji al-quran. Nanti isnin depan adam mula mengaji di situ.


Seterusnya ke rumah makngah Shidah. Tak pernah nampak makngah Shidah lagi sepanjang duduk kat sini. 


Kemudian ke rumah kakjue. Kenal kak Jue semalam kat rumah mama N. Ramah orangnya. Bila speaking London, habis semua tak faham.. Hehehe eh speaking jawo lah.. Geng kak Nor dan kak Yah..


Last destinasi ke rumah siti. Siti asal Terengganu. 


Khamis 14 Julai, adik adik datang beraya rumah mommy..tak posing tak sah la kita.. Anak-anak kak Nor dan kak Yah..

Adik la sangat kan..mommy suruh panggil kakak irra je..haha rasa tua pula bila panggil mommy.. Dari kiri umur 17, 15 dan 18.


Petang semalam nak g rumah kak Nor. Adam dan Anis nak berkawan. Lalu di rumah Piya, beraya rumah piya...


Tunggu hari Ahad raya rumah kak Ani. Pastu tinggal rumah kak Nor aje belum pergi beraya..

Sakan kan beraya kejiranan ni. Syok giler!! Sebab g beraya jalan kaki jer.. Haha cerita beraya di kampung pon tak sempat tulis lagi..keke..nanti senang2 nak tulis jugak..cuma belum berkesempatan aje...

Selanat hari raya korang! Maaf zahir batin.

3 comments:

  1. memang seronok, tapi tak larat nak layann ooo malam2, balik kerja letih, nampak bantal jer

    ReplyDelete
  2. budaya orang jawa.. tapi bagus jika diamalkna..

    ReplyDelete