Musim durian kan sekarang. Sana sini ada karnival durian. Di Pahang banyak sebab durian dari sana; durian Batu Kurau. Di Pulau Pinang pun ada juga pesta durian. Yang agak dekat dengan mommy adalah Jualan Terus Dari Ladang di FAMA Selayang. Sejam juga la nak sampai pon. Tapi melihatkan poster di bawah rasa nak pergi je...

Durian dari Ladang FAMA Selayang

Kalau boleh pergi mommy nak beli cempedak, durian, nanas, jagung, jambu batu dan belimbing. Beli sikit-sikit boleh merasa semua. Harga kalau dibandingkan dengan tempat lain, murah di sini lagi. Huwaaaa


Oh yang dekat sikit lagi di Shah Alam. 40 minit juga lah walaupon dekat. Sebab tu mommy tak dapat nak join mana-mana event sebab mommy dah duduk jauh. Bila nak keluar tu kena fikirkan macam-macam. Terutamanya perasaan dan keadaan driver. Prihatin kan saya..he he he.. Wajib lah kan sebab yang nak kena menanggung tempias tu saya juga..

fiesta Durian 

Harga tak dinyatakan. Semalam godek lagi tempat yang mommy selalu pergi, SS2. Buffet durian RM25 untuk durian kampung dan RM35 untuk durian kahwin. Hurmm hurmm hurmm... 

Kena buat sesi memujuk sampai berjaya ni.. Bukan selalu dapat makan durian..setahun sekali je... Durian oh durian...
Semalam mommy tak sihat. Daddy pon tak sihat. Daddy terbaring je lepas makan. Sakit kepala katanya. Mommy pon sakit kepala, sakit tekak, sakit tulang.  Ahhh semua lah sakit..

Sakit sakit pon tetap kena layan anak. Tapi mommy tak ingat langsung pasal "kencing malam". Ini lah padah bila leka. Alaaa bukan sengaja leka. Memang tak ingat langsung. 

Kencing malam

Kebiasaannya mommy atau daddy akan ingatkan adam untuk kencing sebelum tidur. 


Bila adam kejut pukul 5 pagi tadi.

" Basah."

Redha je la tilam tebal telah dibanjiri. Daddy uruskan adam. Mommg uruskan tilam. Basah sampai ke mana tak tahu lah. 

Tilam king tebal ni memang tak boleh la nak angkat. Besar dan berat. Daddy pon tak mampu nak angkat seorang. Maka mommy hanya spray dengan pencuci kemudian tekap dengan kain. 

Dulu pernah dah jadi sekali. Sabar je la mommy ye. Dulu-dulu mommy ada juga kencing malam kan. Beza nya mommy tak tidur atas tilam tebal. Sehingga lah banjir besar tahun berapa ntah. Tilam yang hanyut banjir dan orang taknak tu, mak ambil basuh dan guna sampai sekarang. 

Selamat mencuci ye mommy hari ini! 

Sakit kepala, sakit tekak, sakit tulang, sakit badan, selsema semua tak baik lagi. Semoga cepat sembuh mommy! 
Tak tahan lagi! Arghhh dah tak boleh tahan sangat ni sampai tak sempat sempat tunggu mommy buka pagar rumah, dia dah terkencing dalam seluar.

Tak tahan lagi
 Tengok la muka dia...
Kali pertama
Ini merupakan kali pertama Adam Rayyan terkencing selepas pulang sekolah.


Nasib la depan pagar je. Senang mommy nak cuci. 
Dulu bujang sekarang dah kahwin. Dulu berdua sekarang berlima. Haa lima ambik kau. Berat pon dah bertambah juga walaupon nampak macam kurus. Wajib la memilih gambar yang nampak kurus dan cantik. 

Gambar di atas adalah gambar sebelum kahwin. Belum bertunang lagi tapi dah bercinta. Ha ha ha. Kami dulu kawan baik tau. Lama berkawan baik, akhirnya my bestfriend is my husband. 

Selagi tak kahwin tu, kita takkan kenal perangai sebenar pasangan kita. Kalau yang dah berkahwin tu mesti dah faham. Totally berbeza walaupon bertahun bercinta. Mommy berkawan lama. Tapi masa berkawan tu lain. Kita buat benda sama-sama tapi tanpa melibatkan perasaan. "Kau nak kecik hati buat apa, kawan kau je kot.". 

Masuk alam percintaan. Amboi masing-masing dah pandai merajuk. Dah masuk alam perkahwinan, terus mula bergaduh. Pasangan lain mommy tak tahu. Lama juga la drama gaduh-gaduh ni. Biasa la alam rumah tangga ni. Macam rempah kari. Ada pedas, masam, pahit, manis, masin bercampur sekali menjadi kuah kari yang sekali. Oucchh bila mommy berbahasa..

Saiz badan juga bertambah. Tapi tak banyak la. Masing-masing jaga badan supaya " tak pandang yang lain ". Ha ha ha

Mommy tau la kalau dah lalu depan mata takkan nak tunduk pulak kan. Pasti menjamu mata. Haaa satu lagi jangan menggatal nak panggil tok laki mommy "abang". 

Bujang vs kahwin

Tengok kan, jeles tu...yo laa... Kome tak jeles ke tengok laki kome di panggil abang dek perempuan lain. Kalau blogger boleh panggil daddyG. Kalau kat pejabat panggil je encik. 


Sebab tu mommy tapis dulu entry blog. Lembaga penapisan luluskan baru publish. Mommy tak rasa tak selesa pon. Seronok lagi ada sebab orang yang mommy sayang support apa mommy buat. 

Apa beza dulu dan sekarang? 
Hurmm makin matang kot.. Anak dah tiga.. Eh jangan di tanya bila nak tambah.. Lemas pulak bila dapat soalan begitu. Elehh mommy pon sibuk jugak tanya hal orang kan..

Bila Amal dah besar ni pon, dia dah pandai nak perhatian. Tak bagi mommy pegang handphone sangat. Ni sambil melayan Amal main. Sekejap-sekejap dia tarik handphone. Sabar la adik. Bila nak siap entry mommy ni.

Satu bab yang berbeza masa bujang vs kahwin adalah masak. Masa bujang mommy boleh masak sakan kot. Dengan buat kek bagai. Tapi dah kahwin, macam tak reti masak. Sabar je la. Kadang terkurang masin la. 

Ok Amal dah tarik baju yang mommy lipat. Sampai kat sini je la entry bebel ni. Selamat merasai kenikmatan rumahtangga tahun ke 6. 12 Disember baru genap 6 tahun. 
Untuk kesihatan anak-anak, mommy bagi makan biskut jacob. Daddy mesti beli bila ada sale. Harga biskut jacob boleh cecah RM13.90 satu tin. Tapi bila sale dapat RM9.90. 

Jadinya kat rumah mommy banyak sangat tin biskut. Dok simpan-simpan nak kumpul buat apa ntah. Sekali bila tengok kasut bersepah depan pintu, dapat idea nak recycle tin biskut.

Bahan-bahan yang mommy gunakan adalah:-
  • 20 Tin biskut
  • Kertas A3 
  • Soletape
  • Wrap 
  • Gunting

Balut tin biskut dan wrap. Siap!

Ini lah hasilnya tempat letak kasut. Tapi adik Amal nak duduk. Kakak pon pantang la. Menyibuk nak duduk juga.
Berguna jugak kau

Ini belum cukup nak jadi rak kasut sebab tak ada tutup atasnya. Lagipon tin biskut yang ada boleh buat ini sahaja. 


Lepas ni mommy kumpul lagi tin biskut. Nak buat tutup supaya tak kena tahi cicak. 
Adam Rayyan ada sambutan hari raya di sekolah. Adam kata "Cikgu suruh bawa kek raya".

Adehh.. kek raya ke kuih raya Adam? DaddyG minta mommy buatkan agar-agar. Balik kampung raya hari tu, mak buatkan agar-agar. Adam, Anis dan Amal suka sangat makan agar-agar sirap tok buat. 

Dah daddy suruh buat, maka jom shopping bahan-bahan nak buat agar-agar. 

Shopping barang di Tesco

Mudah je nak buat agar-agar ni. Bahannya adalah agar-agar, sirap dan gula. Pastu kena beli bekas nak isi agar-agar. (Tapi tak pernah buat pon sebelum ni hahaha)

Agar-agar siap!

Mommy bersilat sendirian di dapur malam tu. Adoi tak tahu ni jadi ke tidak. Tengok Anis makan macam sedap je. Adam bangun pagi sarapan agar-agar.

"Mmmmm sedapnyaaa......", berselera sarapan pagi agar-agar.

Bergambar depan rumah

Mommy bekalkan Adam 30 bekas agar-agar. Malam sebelum tu lagi daddy pesan ambil gambar adam sebelum g beraya kat sekolah.

Nak pergi sekolah dah!

Daddy kan yang nampaknya lebih excited dari mommy. Pastu mommy pulak yang kena laksanakan semua.


Balik sekolah, adam kata dia tak makan agar-agar. Kawan-kawan je makan agar-agar.

"Kawan adam pakai baju sama macam adam. Dia pakai kain dekat seluar,".

"Itu namanya sampin.".

"Adam nak pakai sampin juga.".

Pengaruh rakan sebaya ni hebat kan. Sebab kawan juga la Adam hari-hari pergi sekolah pakai jam.
Baraan raya eratkan silaturrahim | Kalau sebut pasal raya, perkara yang best adalah pulang ke kampung. Masa ni la nak jumpa saudara mara. Bila masing masing dah pulang ke pangkuan jalan, rindu datang bertandang. Nak balik jauh. Nasib la ada keluarga kedua iaitu jiran tetangga. Dulu masa tinggal di Shah Alam, mommy hanya rapat dengan Aunty Leyla seorang jiran india. Rapat dan baik sehingga sekarang. Bila pindah ke BBR, sempat bermesra beberapa bulan sahaja dengan CikMee kemudian mereka berpindah. Bila kami berpindah ke rumah sekarang,  mommy baik dengan jiran selang beberapa buah rumah, kak Nor dan kak Yah. Dua-dua orang jawa. Mereka la bagitau mommy raya nanti kita buat baraan. Apa tu baraan?

Ada yang kata baraan ni adalah berzanji atau marhaban dari rumah ke rumah. Kak Yah kata kita berkumpul dan beraya dari satu rumah ke satu rumah. Ok, mommy masih tak dapat memahami lagi. 

Hari Selasa petang kononnya mommy nak ajak Kak Nor dan Kak Yah makan soto. Pertama kali mommy buat soto sendiri. Mommy call kak Nor, kak Nor tengah buat laksa dan jemput mommy datang malam tu. Tak dapat la kak Nor datang rumah mommy petang tu.

Malam tu mommy nak keluar pergi rumah kak Nor semua anak-anak tidur. Bila mommy nak gerak, mereka pon terjaga seorang-seorang. 9:30 baru mommy keluar rumah dengan Adam, Anis dan Amal. DaddyG tak follow sebab tak sihat.

Pergi rumah kak Nor, "Mama Nor tak ada. Mama Nor pergi rumah Mama N", kata anak kak Ani.

Jom la kita pergi beraya rumah mama N. Selama ni dengar nama je. Tak pernah jumpa lagi. Tak pernah kenal lagi dengan mama N. 

Sekali masuk rumah mama N, ramainya orang. Penuh ruang tamu mama N. Ada kak Nor dan suami, kak Yah dan suami, kak Ani dan suami, kak ina dan suami serta dua keluarga lain. Nervous mak! Ingatkan kumpul isteri-isteri je..

Mereka tanya mommy, " Mana abang?". 

"Suami tak sihat. Ada di rumah."

Tak berbual lama pon, mereka nak ke rumah kak Yah. Dah lama kot mereka kat sini. Mommy ja lambat sampai. Lepas tu mereka nak datang rumah mommy. Hah? 


Adehh macam mana ni. DaddyG dia taknak ikut tadi sebab tak sihat. Jadi nya mommy macam serba salah. Lain kali la kot. Dah la daddyG tak reply pon mommy message dia. 

"Kau call la laki ko irra", kata Kak Nor. Beriya depa nak datang ni. Jadi mommy pon call la daddyG. 

DaddyG kata ikut la. Jadinya tolong la mommy kemas rumah kejap sebelum mommy sampai.

Pertama kali didatangi oleh ramai orang buat mommy cuak sangat. Kelam kabut malam tu. DaddyG cool macam biasa la. Nasib la kak Yah dan anaknya Intan bantu di dapur. Haha irra...irra...


Iye la mommy pertama kali tau dapat tetamu ramai macam ni. Gathering hari tu? Gathering lain. Makanan pon semua order je. Pastu dah plan 3 bulan sebelum majlis. Bila nak buat gathering lagi ni? Haha


Esoknya Rabu bersamaan 13 Julai 2016 / 8 Syawal kami menyambung Baraan. Jalan kaki beramai-ramai ke rumah kak ina. Kali ini yang muda remaja pon join sekali. Tapi kami singgah rumah kak ida dulu. Kak ida buat nasi lemak hijau. Sedap.


Lepas tu ke rumah kedua rumah kak ina. Ada maggi goreng dan bihun goreng. DaddyG pon join sekali malam ni.


Seterusnya ke rumah ummi dan walid. Ummi dan walid mengajar mengaji al-quran. Nanti isnin depan adam mula mengaji di situ.


Seterusnya ke rumah makngah Shidah. Tak pernah nampak makngah Shidah lagi sepanjang duduk kat sini. 


Kemudian ke rumah kakjue. Kenal kak Jue semalam kat rumah mama N. Ramah orangnya. Bila speaking London, habis semua tak faham.. Hehehe eh speaking jawo lah.. Geng kak Nor dan kak Yah..


Last destinasi ke rumah siti. Siti asal Terengganu. 


Khamis 14 Julai, adik adik datang beraya rumah mommy..tak posing tak sah la kita.. Anak-anak kak Nor dan kak Yah..

Adik la sangat kan..mommy suruh panggil kakak irra je..haha rasa tua pula bila panggil mommy.. Dari kiri umur 17, 15 dan 18.


Petang semalam nak g rumah kak Nor. Adam dan Anis nak berkawan. Lalu di rumah Piya, beraya rumah piya...


Tunggu hari Ahad raya rumah kak Ani. Pastu tinggal rumah kak Nor aje belum pergi beraya..

Sakan kan beraya kejiranan ni. Syok giler!! Sebab g beraya jalan kaki jer.. Haha cerita beraya di kampung pon tak sempat tulis lagi..keke..nanti senang2 nak tulis jugak..cuma belum berkesempatan aje...

Selanat hari raya korang! Maaf zahir batin.

Sampai je rumah petang semalam singgah beli makanan. Balik rumah nanti terus masak nasi je. Pastu boleh makan. Penat kan, selalu macam tu lah bila balik dari kampung..

Balik rumah mommy mop lantai. Sebab seminggu tinggal rumah berhabuk. Kang selsema teruk. Tak boleh di bawa main dengan habuk bandar ni. So sental la ruang tamu, dapur, bilik tidur.. Sental mcm orang jepun/korea tu tau. Kalau vacuum tak puas hati jugak. Habuk yg melekat kat lantai tu tak hilang. Kalau sapu je, berterbanganlah di udara. Terus boleh dapat selsema...

Dah tiba masa nak makan, mommy cari lauk yg dibeli tadi. Tak ada! Hah? Cari sana sini tak ada juga. Dah terbuang dalam tong sampah ke? Hadoi, nak puas hati pergi la cek tong sampah. Tak ada. Lega..

Jadi makanan tu masih ada dalam rumah. Kat dapur tak ada. Kat bilik tak ada. Haihhh mana pergi ni? Hang pi mana? Hang dok mana?


Mommy beli tomyam daging, ayam goreng kunyit dan kailan ikan masin. 

Hampa tau dok mana? Dalam bakul baju yang mommy dah timbun dengan baju dah pakai yang dibawa dari kampung. Pelik betul letak makanan dalam bakul baju kotor. 

Cc: yg mengangkat makanan
Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

Selamat hari raya.

dari mommy irra, daddyG(saja tak letak gambar), adam, anis dan amal


Baru sempat update. Raya sakan ke? Eh raya biasa biasa je. Esok nak balik dah. Esok jammed tak jalan? Hadap je la nanti. 

Nak update blog tak sempat sempat. Internet slow ada H+ di sesetengah tempat je. Gagah dan gigih seperti biasa lah mommy update gambar di instagram. Hahaha tak kenal mommy lagi tak tau la.. Upload gambar di blog ni berzaman. Last last sekeping dah la. Kekeke. 

Selamat hari raya! Semoga selamat perjalanan semua orang pulang dari kampung. 

Ini entry pertama Julai 2016. Sekarang mommy dalam perjalanan balik kampung. Nak raya weh! Giliran mommy tahun ni.

Seawal 8 pagi, anak-anak dah siap. Beberapa hari ni asyik tanya bila nak balik kampung. Mommy kata hari Ahad. Mereka bukan tahu bila Ahad kan. Jadi bertalu talu soalan bila nak balik..

Bila mommy kata jom mandi, kita nak balik kampung. Anis tak banyak songeh. Amal memang suka air tak kira masa.


Driver tengah tidur lagi. Maka kita tak boleh bergerak lagi.

link

9 pagi baru lah driver bersiap. Mommy susun barang dalam bonet. Selalu tak penuh macam ni.


Amal pon dah terlena. Mommy angkat pon Amal tak sedar. Anis dan Adam pura-pura tidur.


Hati-hati balik kampung.


Tak sampai 15 minit semua lena. Haha bagus la anak mommy ni.


Sedap depa lena kan..mommy as usual, main handphone tatkala anak tidur dan daddyG settle kan urusan dia.


Semoga selamat sampai ke kampung halaman.

Selamat hari raya! Maaf zahir dan batin.