Tips pengambilan kurma semasa bulan Ramadhan

Mesti ada yang masih tak tahu pasal tips pengambilan kurma semasa bulan Ramadhan. Nak makan banyak ke? Atau sikit sahaja dah memadai? Jom baca tips pengambilan kurma semasa bulan Ramadhan di bawah.

Tips pengambilan kurma semasa bulan Ramadhan:

  1. 3 biji semasa berbuka puasa
  2. 1-2 biji semasa bangun menyusu waktu malam-sebelum tidur sediakan 1 bekas berisi buah kurma & 1 bekas berisi air suam.
  3. 2 biji sebagai penutup sahur.

Ada disebutkan dalam Al-Quran tentang kelebihan kurma untuk ibu mengandung dan menyusukan, SubhanAllah!

Buah Kurma

Tamar atau kurma banyak dijumpai di dalam Al-Qur’an, diantaranya pada Surah Maryam, ayat 23 dan 25:

Ayat 23, Surah Maryam
Ayat 25, Surah Maryam
“Dan gegarkan ke arahmu pohon tamar itu,  supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak." (Surah Maryam, ayat 25).

Jom ulangkaji sikit pasal kurma. Tahu dah selama ni kurma tu bagus. Tapi tak tahu manfaat sebenar kurma ni.

-Kurma ada potasium yang tinggi yang baik untuk tekanan darah, sehingga dapat mencegah darah tinggi dan stroke.

-Kurma ada pelbagai jenis mineral yang dapat mengoptimumkan kandungan elektrolit tubuh dan menambah tenaga, sebab itulah kurma sangat bagus diamalkan semasa berpuasa.

-Kurma dapat menurunkan kadar kolestrol, anti diare, anti radang dan flu, mencegah anemia dan lesu darah

-Kandungan vitamin A dalam kurma sangat baik untuk mata dan berguna bagi ibu-ibu yang berumah tangga maupun untuk ibu hamil,nifas dan menyusukan.

Kurma adalah salah satu buah yang terdapat di syurga, hal ini dijelaskan Allah dalam surah Ar-Rahmaan ayat 68 yang berbunyi,


"Di dalam kedua syurga itu terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima" (Surah Ar-Rahmaan, ayat 68).

Ayat-ayat yang lain di dalam Al-Qur’an yang juga menyebutkan buah kurma ini diantaranya adalah:






Persoalannya sekarang, adakah kurma yang kita makan itu adalah kurma asli? Tiada tambahan gula untuk memberatkan buah kurma. Mommy ada google suatu ketika dahulu, ada kurma yang direndam dalam air gula supaya bila timbang kurma tu jadi berat. Hurmmm...

Menurut herbalist Nizam(baru tanya tadi, kurma asli adalah kurma yang kering dan tak berkilat seperti kurma safawi dan mabroom. Maka mommy kena cari kurma lain lah ni..

0 comments:

Post a Comment