Suami manja peluang isteri bermesra

Bila anak dah ramai macam mommy, dah tak ada masa nak bermesra dengan suami. Alaaa bermesra tu macam bergurau senda, makan bersuap, jalan berpimpin tangan dan sebagainya. Alasan bukan lah sembarangan alasan. Masa 24 jam tu macam tak cukup lagi untuk dibahagikan ruang bermesra dengan suami. Kalau mommy dekat dengan daddy, anak-anak pon berebut juga nak dekat daddy. Ok ok...mommy beralah la...lari masuk dapur..bukan merajuk tapi banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan.

Arghhh jangan tahu bagi alasan je mommy. Bermesra tu besar dan luas skopnya. Cuba jadikan sesuatu aktiviti itu wajib dilakukan bersama dan cuba biasakannya.

Antaranya adalah potong kuku suami. Takkan masa berjalan je nak bersentuhan atau erti kata lain berpegangan tangan. Anak dah ramai memang wajib la mommy dan daddy pegang tangan anak-anak. Kann.. Potong kuku suami adalah rutin wajib mommy. Sebab tu mommy kata daddyG manja. Hahaa semua isteri dia kena buatkan...

Suami manja peluang isteri bermesra

Tapi bila mommy fikirkan, kalau mommy tak buat, masa bila lagi nak manja-manja pegang tangan suami? Masa jalan, seorang kena tolak stroller dan seorang lagi kena dukung anak.

Jadi kesimpulannya bagus la suami manja. Dapat bermesra walau dah beranak tiga. :D


3 comments:

  1. bagus manja2 pasangan tapi kena tgk tempat la..kan , rimas tgk kalau dpn khalayak pun nak daring semacam jer.

    ReplyDelete
  2. hahaha... lin tak reti irra... lin cabut janggut tu rajin >_<

    ReplyDelete
  3. saya pun sma mommy,sllu kena potong kuku suami. tp takpe, best sbb dapat pahala :)

    ReplyDelete