Bila nak puasa ni, pergi mana-mana je nampak kurma. 2 minggu lepas lagi daddyG belikan 2 kotak kurma. Dah habis sekotak. Hahaa kurma ni sepatutnya meriah bulan puasa je. Mommy ada cerita khasiat kurma dalam entry dua tahun lepas. http://www.irrayyan.com/2014/07/ramadhan-kurma-fresh-date.html
Yang best bila tengok adik Amal makan kurma. Bahagia je tengok anak makan bersungguh-sungguh. Diam je dia hadap buah kurma sampai habis. Ada juga la masanya dia tenyeh ke lantai. Sabar je la.
Amal makan kurma. Nak puasa kurma banyak |
Lagi 5 hari je nak puasa. Apa persediaan korang menghadapi bulan Ramadhan?
Disebabkan mommy masih menyusu adik Amal. Maka mommy kena bertenaga sepanjang hari. Adik Amal dah la suka nenen je. Kalau tak puasa pon mommy agak stress. Bila dah puasa macam mana la? Harap adik Amal memahami keadaan mommy nanti.
Apa yang mommy boleh buat:-
1. Makan kurma masa berbuka dan bersahur
2. Bersahur
3. Rehat secukupnya
4. Pengambilan air secukupnya
5. Amalkan madu dan VCO
Entry ni asalnya mommy plan nak publish semalam. Tapi karang punya karang tak siap-siap. Bangun pagi ni pula daddyG kata nampak kucing kencing dekat laman rumah. Jadi mommy kena cuci laman rumah. Padahal selalu cuci laman untuk anak-anak main. Lately ni mommy tak cuci kerap dah. Kurang energy sejak Adik Amal suka merengek nak "nenen".
Pastu masuk rumah, macam tongkang pecah. Mommy minta Adam Rayyan kemas sekali. Nasib la hari ni mood dia baik nak tolong mommy. Siap report, " Dah siap mommy."
Ini anak-anak mommy tidur semua. Tu yang mommy sempat nak sambung buat entry. Heheee..
Tak sabar nak puasa! Salam Ramadhan!
nad pun nak cari kurma ni..
ReplyDeleteteman makan kurma mariami tu je.. mula2 makan tak berapa manis.. lama2 makan (dekat sebulan lebih) terasa manis le pulak.. huhuhu
ReplyDeleteHai :D Jemputlah join segmen terbaru Nisha ya ^^ http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2016/06/segmen-bloglist-bulan-jun-julai-by-hbj.html
ReplyDelete