Pengalaman sahur hari pertama

Pengalaman ni bermaksud benda yang dah lepas. Pengalaman manis atau pahit bersama suami, anak-anak, keluarga atau kawan-kawan. Mommy saja lah nak imbas kembali kenangan bersama yang tersayang. Ingat tak lagi ni mommy?

1 Ramadhan jatuh pada 1/8/2011. Masa ni mommy balik kampung seawal kandungan 32 minggu. Bersalin pada 31/8/2011 iaitu hari raya kedua. Raya pertama sebagai isteri di kejauhan. Sob sob sedih tak dapat puasa bersama. Happy menanti kelahiran baby cinta.

Tahun kedua berpuasa, 20/7/2012 baru lah dapat bersahur bersama. Adam Rayyan masa ni dah berusia 10 bulan 20 hari.

Tahun ketiga berpuasa 9/7/2013. Mommy dalam pantang. Anis Insyirah lahir pada 27/6/2013. Mommy di Kedah. DaddyG di Selangor. Mommy ingat tahun ni puasa satu hari je. Hari sebelum raya. Haha

Tahun keempat berpuasa 29/6/2014 . Adam dah 2 tahun 10 bulan. Anis setahun dan Anis masa ni baru baik ekzema. Dah 4x puasa, baru kali kedua dapat sahur bersama di hari pertama puasa. Hehee throwback sungguh mommy ni...

Tahun kelima puasa 18/6/2015, kami berpuasa berlima. Hehee yang puasa tu mommy daddy je la. Adik Amal lahir 18/3/2015. Adik Amal genap 3 bulan, kak Anis nak masuk 2 tahun lagi 9 hari dan abang Adam 3 tahun 9 bulan 18 hari.

Tak dapat puasa bersama ni tiap kali tahun beranak je dan jatuh pula pada bulan sebelum puasa. Sebabnya masa pantang mommy dekat kampung. Jadinya lepas ni kena plan beranak hujung tahun masa cuti sekolah. Tak ganggu cuti sekolah Adam juga. Kahkah. Mommy, kau kata dah tak nak beranak lagi dah? ;p

Hari ini tahun keenam puasa 6/6/2016. Adam 4 tahun 9 bulan 6 hari, 5 tahun
Anis 2 tahun 11 bulan 9 hari, 3 tahun
Amal 1 tahun 2 bulan 19 hari, 1 tahun

Malam tadi daddyG tanya mommy nak bangun pukul berapa. Ikut lah jam berapa pon janji sempat bangun masak. 4.30 alarm daddyG dan mommy bunyi serentak. Kuat benar sehingga terus terjaga.

Mommy goreng sayur. Kemudian goreng ayam. Panaskan nasi. Bancuh air. Pukul 5 dah siap hidang.

Sayur campur penyeri makan sahur

Masa mommy masak tu adik Amal menangis. Daddy ambil dukung dan adik Amal tidur semula. Biasa la tu kalau takde bau mommy je terus menangis.

Jangan lupa makan kurma!

Sebelum waktu imsak tu elok la gosok gigi siap-siap. Kang terlena ada makanan celah gigi.

Eh satu lagi. Minum air kosong lebih sikit. Kot la kekeringan dan kekontangan almaklum lah hari pertama puasa. Hahaha macam la tak pernah puasa mommy ni. Anak dah tiga kot.

Nampak macam mudah. Nampak macam senang. Nak melayan 3A tu bulan tak puasa pon semput. Ok lah. Panjang dah membebel. Jom solat subuh! Selamat berpuasa!

4 comments:

  1. Salam ramadhan mommy irra..selamat berpuasa.. :)

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa.. semoga amalan kita pada tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya..

    ReplyDelete
  3. selamat bersahur dan berpuasa

    ReplyDelete