Sabtu lepas kami berbuka dengan kawan daddyG, Raja. Daddy dok tanya mommy nak makan apa? Mommy tak kisah. Petang-petang (5:30 dah masa tu) baru nak call buffet memang tak dapat la. Semua penuh. Maka daddyG dan Raja decide nak makan di Pelita. DaddyG tiba-tiba mengidam nak makan sup kambing. Hoi dahsyat daddy mengidam sup kambing. Mengidam sup kambing di Pelita je..
Masa kami masuk Pelita tak ada orang lagi. Jam 6 lebih. Macam kita aje yang berbuka di kedai mamak. Tapi kan bila pukul 7 tu penuh orang. Daddy dah suruh mommy cepat-cepat beratur ambil nasi.
Adam, Anis dan Amal rasmi dulu makanan yang disediakan untuk berbuka. Kurma, agar-agar dan buah. Weh, tak puasa! |
Sekali mommy kena beratur sampai keluar. Haha punya ramai orang. Tapi tak terasa sangat sebab mommy ralit dok main handphone. Handphone One Plus One ni best nak selfie. Cantik je gambar.
Panjang beratur sampai ke luar |
Ini makanan berbuka yang daddyG mengidam tu. Kahkahkah. Pelik bebenar dia sebut dia mengidam. Layankan aje lah. Tahan ke perut berbuka makan roti je?
Suamiku mengidam Sup kambing
Ini lah sup kambing daddyG. Berbuka makam roti je. Huhuu |
Mommy tadi makan nasi dan order air kelapa. Serik sebenarnya makan kat luar ni. Tak mau la sakit perut lagi. Dah la perutku manja semanjanya.
Air kelapa untuk mommy |
Mommy ambil nasi dan ayam sahaja. Tengok sayur macam tak menarik je.
Mommy makan nasi dan ayam masak kicap je |
Mommy rasa sup kambing daddyG. Pergh sedap. Padan la dia nak sangat makan sup kambing. Raja makan nasi dengan ayam kampung. Dah makan kami terus gerak ke Plaza Alam Sentral. Nak belikan Adam jam.
DaddyG kalau dia rasa tak larat, rasa nak demam, dan selsema, dia akan cari sup panas-panas. Lepas hadap sup kambing panas-panas, lega dan segar.
Mommy tak dapat dah letak makanan iftar setiap hari. Haha sebab repeat masak benda yang sama je. Haha tengok mommy tak boleh konsisten sebulan pon. Namun syukur alhamdulillah mommy dah konsisten menulis blog selama 2 tahun 1 bulan 12 hari.
haiyaa kecur liur fae tgk gmbr sup kambing tu huhu
ReplyDeletesedapkan sup kambing mamak,feveret cik sue gak ni
ReplyDeletesup kambing xley masuk.. hehe
ReplyDeletebtw slmt berbuka..
ss pun suka sup kambing gakk ... gear box hisap dgn straww perghhhhh layann
ReplyDelete