Ibu jangan boros sangat, beli baju 2 pasang cukup

"Ibu-ibu jangan boros sangat. Jangan tengok sangat promotion di televisyen.
Beli baju raya 2 pasang cukup (RM120, dapat dua pasang RM60 sepasang). Pergi beli di Jalan Masjid India. Jangan lebih-lebih"..

Mommy tertarik untuk membuat hujahan bagi kenyataan di atas.

PERTAMA. Mommy jangan boros sangat. Ya mommy mengaku kalau ada duit memang mommy boros. Boroskan duit tu dengan membeli makanan untuk anak-anak. Kalau dapat duit, makanan diutamakan. Mommy tak berkira lah dengan daddy. Mommy boros ke? Mommy tak berkesempatan nak boros pon. Mommy cuba korek lubang sana sini untuk dapatkan sumber kewangan. Almaklum lah mommy ni kerja di rumah jaga anak sendiri. Tak bergaji. Memang nak shopping up to date dengan baju fesyen terkini, tudung atau shawl style terkini atau kasut atau handbeg terkini memang tak la.

Semua orang boleh tengok mommy akan pakai baju yang sama berulang kali. Kasut yang sama. Handbeg yang sama. Anak sahaja yang semakin lama semakin membesar.

Kenyataan itu bukan untuk kau lah mommy irra. Dah disebut ibu-ibu. Mommy kan seorang ibu.

KEDUA. Jangan tengok promosi di televisyen. Amboi. Arahan ke ni. Sebelum di beri arahan jangan tengok, apa kata minta pihak media jangan buat sebarang iklan di televisyen. Kan dah menyusahkan ibu-ibu nak melaram cantik-cantik.

Bukan TV je sumber iklan, di facebook penuh iklan dengan model yang cantik. Malah di mana-mana media sosial pon penuh iklan. Apa kata semua penjual berhenti buat promosi supaya ibu-ibu tak tengok dan tak boros.

KETIGA. Beli baju raya dua pasang. Selama ni dari aku kecil sehingga dewasa dan menjadi isteri, baju raya aku hanya sepasang. Tetiba aku pulak. Dua pasang ye untuk tidak boros? Hahaha. Daddy sila beli baju untuk isterimu ini 2 pasang ya.


KEEMPAT. Jangan lebih-lebih. Dalam planning mommy, kuih raya tak ada tahun ni. Kesian la kat suami. Sebelum balik kampung nak servis kereta. Nak minta apa-apa pon tak boleh. Kami tak berkesempatan nak berlebih-lebih pon. Semua dibelanjakan untuk keperluan penting sahaja. 

Nak tengok mewah tak mewah kami sekeluarga, boleh tengok di media sosial kami. Kami mewah anak! Kami mewah kasih sayang! 




3 comments:

  1. yeayyy..betul...jangan amalkan sifat boros sebab sifat boros tu amalan syaitan...

    ReplyDelete
  2. "Nak tengok mewah tak mewah kami sekeluarga, boleh tengok di media sosial kami. Kami mewah anak! Kami mewah kasih sayang! " suka sgt ayat ni !

    ReplyDelete
  3. heheh betul tu. duit semua untuk anak. baju baru semua untuk anak sebab dorang cepat benau memanjang -_- tetiba je baju dah tak muat. mak mak ni boleh mix and match je .

    kuih raya mahal sangat. dah lah rasa sama, 3,4 jenir rm100. nak taknak terpaksa buat. sebab duduk dengan mak kan. kang bebel pulak . ahahha

    ReplyDelete