Cara tangani gastrik semasa puasa

Mommy dapatkan nasihat daripada Encik Nizam Herbalist apabila menghadapi sebarang serangan penyakit. Kali ini mommy kena gastrik semasa puasa. Macam mana nak puasa kalau kena serang gastrik? Jadi Encik Nizam guide mommy seperti di bawah:-

Semasa berbuka puasa:-
  1. Ambil makanan yang mudah hadam dan diserap.
  2. Jangan ambil makanan pedas.
  3. Jangan ambil minhman ais yang terlalu sejuk. Sejuk sikit tak apa..
  4. Buka puasa jangan ambik makanan terlalu banyak.
  5. Mulakan makanan manis asli yang tak kena api macam buah betik, kurma.
  6. Minum air madu dan air kosong.
  7. Jangan minum dan makan makanan masam waktu berbuka.
  8. Jangan makan nasi dulu.. Nasi terlalu berat untuk perut waktu berbuka..
  9. Terus pergi solat.
  10. Lepas solat baru ambil makanan lain secara beransur-ansur. Nasi dan kuih yang lembut. Kalau bubur lagi bagus. Jangan makan terlalu banyak.
  11. Elak makanan bergoreng dan pedas dan kari pekat macam mamak punya.
  12. Lepas isya dan terawih baru ambil makanan secara sederhana. Penuhkan 2/3 perut sahaja. Jangan sampai terlalu penuh perut.


Cara tangani gastrik semasa puasa

Elak gula putih dan sambal berminyak. Kalau boleh masak sup. Lemak kuning dan putih tanpa cili api pon ok.

Jangan tinggal sahur sedaya upaya. Sekurang-kurangnya minum susu. Susu dan santan kelapa boleh bantu meneutralkan keasidan perut.


Sebab tu mommy makan bubur nasi ayam dan susu. Alhamdulillah. Tak ada dah kepeningan atau perut tak selesa.

3 comments: