Terlalu awal untuk memikirkan pasal raya. Akan tetapi persediaan raya tetap perlu dilaksanakan. Beza kah bersedia awal atau lambat?
Mommy plan raya tahun ni kaler "rahsia". Recycle je baju Melayu daddyG. DaddyG kata " Ok.".
Minggu lepas kami dah pergi cuci mata. Baju raya sedondon settle! Kononnya nak beli baju sebelum puasa. Kang dah puasa, penat nak jalan sambil melayan Adam Anis dan Amal. Mestilah nak beli baju raya sedondon. Namun tiada hasil.
My fault! Tak bawa baju Melayu daddyG. Jadi nak buat pilihan pon susah. Kesudahannya pulang dengan tangan kosong.
Sabtu lepas daddyG dah pesan awal-awal bawa baju Melayu. Kami tuju Level 1 Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Minggu lepas kat sini juga. Masuk dari satu kedai ke satu kedai. Tak jumpa baju Melayu budak kaler sama dengan baju daddyG. Next mommy proceed cari baju Anis dan Amal.
Dah nak jadi rezeki kami, masuk ke kedai 3 pasang RM100 dan percuma sepasang. WOW! Terus mommy cari baju untuk Amal dan Anis. Huwaaaa comel sangat...kaler matching sangat..terus ambil sorang dua pasang.. Sepasang jatuh RM25. Mana nak dapat baju kurung harga macam tu. Kata penjual tu mereka nak habiskan stok. Kain cantik dan sedap dipakai. Dah senang hati mommy lepas dah jumpa baju Anis dan Amal.
Di sini lah mommy beli 3 pasang RM100 percuma 1 pasang |
Baju mommy pula ada satu je kaler yang sedondon. Saiz S. Adehhh. DaddyG kata try la dulu. Maka selepas fitting, jeng jeng jeng. Muat tak muat? Yeeeeehaaaa. Satu kedai je boleh settle 3 orang.
Tinggal baju Adam. Mommy mengalah. Lain kali lah kita cari. Penat sampai terduduk. DaddyG ajak balik. Eh nak ke Anggerik Mall untuk berbuka puasa. Dalam hati mana tahu jumpa baju Melayu Adam kat sana ke.
Kat Anggerik mall banyak baju perempuan. Sila jangan tergugat mommy. Kalau tersuka tanpa sengaja pon takkan dapat punya. Hehehee
Kat Anggerik mall banyak baju perempuan. Sila jangan tergugat mommy. Kalau tersuka tanpa sengaja pon takkan dapat punya. Hehehee
Sebelum keluar dari Anggerik Mall, mommy pusing-pusing tengok kedai yang masih buka. Satu kedai tu, owner dia tutup lampu dan bawa masuk barang. Mata tertangkap pada baju Melayu kanak-kanak. Ehh tadi lalu dah tak perasan pun.
link
Sampai dekat ada kaler yang mommy nak. Ya Allah, terima kasih permudahkan urusanku hari ini. Jadi nya satu hari ni mommy dah settle beli baju raya untuk satu family.
Baju Raya Sedondon Settle!
Baju raya sedondon settle! |
Tunggu hujung bulan mommy nak cari shawl untuk mommy, anis dan amal. Pastu butang baju melayu daddy dan adam.
Kalau buat photoshoot cantik ni kan. Baju dah ada. Ada photographer nak sponsor tak? Muahahahaaaa...
besnyee kami xstat pon lagi hihi
ReplyDeleteDah settle ni senang hati. Lepas satu bab...heheee
Deletesaya teka.....kaler........peach?
ReplyDeletehahahaa...hentam lak...tahniah dah siap beli smuaaa
As salam mommy ! selamat berpuasa.
ReplyDelete*Alhamdulillah, urusan bju raya dh selesai. memang senang beli awal2 ni.. nanti takde la kalut hehe.
Akk dah settle sume baju raya sblm pose. Bln pose ni dh mls nak sopink. Alhamdulillah.
ReplyDeletedah settle, cuma nak cari tambah2 jer..
ReplyDeletewah...sedondon kelabu..
ReplyDeletebaju raya dah setel, kena tahan mata tengok iklan di facebook.. Nanti tergugat, bertambah lagi baju di gerobok tu..hihi
ReplyDeletemeriahlah raya tahun ni..
ReplyDeleteAmal punye tu kebaya ke?.. wow comelnye...
ReplyDelete