Bunyi merengek atau apa saja bunyi yang berulang walaupon hanya satu permintaan, membingitkan keadaan. Mommy tak suka. Daddy tak suka. Benda yang orang tak suka jangan dibuat. Ia akan menimbulkan amarah. Merosakkan suasana. Mungkin la sebab tu bila keluar ke mana-mana, anak mommy sangat behave. Sangat behave tau.
Jangan korang sangka mereka ni pasif. Di rumah mereka lah yang aktif sepanjang berjaga. Riuh rendah. Boleh nak main, jangan bagi bingit je. Ada bunyi bising yang boleh diterima. Yang tak boleh diterima adalah ketika masing-masing dah kepenatan. Tolong sayang, mommy penat. Selalu bila dah petang dan energy level dah kurang mommy tak boleh terima dah. Bawa-bawa la berehat juga.
Jangan kata Adam, Anis atau Amal, kalau mommy panggil daddyG berkali-kali pon kena sound tau. Hahahaa.. Sabar je laaa...
Berbalik kepada cerita Adam Rayyan, bila mommy gagau kepala Adam, panas. Laaa demam pulak. Adik Amal pon tak baik demam lagi.. Abang dah kena jangkit pulak. Ni demam sebab jatuh siang tadi ke apa tak tahu.
Masa magrib tadi elok je bergelak ketawa mengusik adik.
Macam biasa. Mommy bagi minyak kelapa dara dan teh bidara. Madu luban dah habis. Kemudian urut-urut kepala dan basahkan badan Adam dengan air asam jawa.
Lama juga Adam nak boleh tidur. Mommy layan Adam dan Amal sehingga mereka tertidur.
Mommy bangun sahur, Amal macam dah kebah. Adam panas lagi. Kena cari madu dan barli hari ni. Buang panas dalam badan. Pagi ni mommy lumur gel bidara pulak.
Semoga semua dipermudahkan. Semoga semua diberi kesihatan yang baik. Aaminnn.
get well soon abang adam!
ReplyDelete