Haaa bil elektrik beribu?

Semalam mommy cerita TNB datang tukar meter elektrik baru. Oh bil eletrik purata dah dapat secara online. Kena tunggu dua tiga bulan baru dapat bil bulanan yang betul.

Kenapa ni? Kenapa ni? Sibuk benar mommy nak tahu bil bulanan. Dulu kat BBR, bil boleh cecah RM175 sebulan. Jadi nak tau la berapa bil bulanan di rumah baru. 

Eh kenapa pula bil elektrik jadi beribu tu? Beribu tu dah kalah company atau kilang kan. 


Sebabnya bacaan meter dahulu adalah 16386. Manakala bacaan meter semasa staff TNB datang adalah 56336. 

56336 - 16386 = 39950

Mari kita lihat kalkulator TNB mengira!

Bil eletrik beribu???

Jumlah bil elektrik jadi RM23406.72

Tapiiiiiiiiii masa pergi register dekat TNB, kami dah snap gambar bacaan semasa hari kami masuk ke rumah baru ni. Jadi masalah sepatutnya tak timbul. Cuma TNB tak update lah bacaan semasa tu. 

3 comments:

  1. Fuhhh lau kena bayar habiss laaa kan mommy..huhuhu beribuu tuu huahuahua

    ReplyDelete
  2. Hakikatnya, tnb memang da mahal skang meskipun dia kata elnino punca nyer.
    aida pantau tiap bulan.
    memang da naik tariff dia :-(

    ReplyDelete