Bila leka berkawan

Sebelum Adam mula berkawan dengan jiran di sini, balik rumah je dari sekolah Adam akan terus buka buku buat homework. Mommy kagum!

Adam bersama kawan(jiran)

Namun apabila adam dah ada kawan, balik rumah je Adam nak kawan nak kawan. Adam lupa dia ada homework. Sebelum tidur baru Adam sebut dia ada homework. Masa ni badan dah penat, mata dah nak tutup. Buat kerja sikit je dah mengadu penat. Sakit tangan la.

Daddy bagi rule baru, keluar bermain waktu petang je. Siapkan homework dulu.

Masa awal tahun mommy hari-hari akan periksa beg Adam sebaik sahaja Adam balik sekolah. Lama-lama Adam jadi terbiasa balik rumah je terus buka buku.

Sekarang ni mommy kena mula balik macam dulu. Periksa beg dan buku Adam selepas Adam pulang.

Mommy bagi Adam berkawan sebab nak dia bercakap dan berkawan di sekolah. Kat sekolah Adam senyap, taknak bercakap, tak nak berkawan.

Selepas hari ketiga Adam berkawan dengan jiran, balik je sekolah Adam bagitau dia dah berkawan kat sekolah. Mommy belum tanya cikgu dia lagi. Tak tahu sejauh mana adam berkawan kat sekolah.

Motif berkawan tercapai tapi tak best bila Adam leka berkawan. Mommy lah bertanggungjawab untuk kembalikan semula mood belajar Adam Rayyan. All is well.

3 comments:

  1. seronok berkawan ya Adam..alahai comel... :)

    ReplyDelete
  2. win some and lose some. all the best mommy naikkan semangat Adam nak belajar :D

    ReplyDelete
  3. bila dah pandai berkawan, mood belajar plak dah kurang.. patut seimbangkan keduanya..

    ReplyDelete