Sabtu minggu lepas kereta tak boleh start masa kami berada di Shah Alam. Bila periksa alarm tak berbunyi, lampu tak menyala dan radio pon tak berbunyi. Sah bateri kereta kong! Ini bukan kali pertama bateri kereta buat hal. DaddyG pon nampak relax je nak handle bila bateri kereta kong ni.
DaddyG menghubungi kawan dia. Nasiblah kejadian berlaku di Shah Alam. Ada kawan-kawan yang dekat boleh membantu. Teringat dulu ni, bila tayar kereta pancit, kawan daddyG juga lah yang datang membantu. Kawan mommy semua perempuan. Kekuatan kami adalah membahagiakan dan menjaga keluarga. Hahahaa. Tugas lelaki je la bab kereta ni kan.
Dalam masa yang sama, mommy yang menurut perintah, kena menggoogle harga bateri kereta sambil melayan kerenah Amal, Anis dan Adam. Anak-anak pon sama naik nakkan perhatian pada masa ni.
Zaman canggih ni. Senang. Mommy cari di facebook menggunakan hashtag #baterikong . Banyak pula post dan gambar mengenai Bateriku.com.
Wahhh ada penghantaran percuma termasuk periksa dan pasang. Tak perlu beli dan tiada caj sekiranya bateri kereta masih elok.
Bila mommy nampak hashtag #shahalam mommy tak teragak-agak untuk terus google website Bateriku.com. Tengok website je dah tahu syarikat bateri kereta ini boleh dipercayai.
Berikut info yang mommy dapat dari website Bateriku.com :-
Alamat: 31, Jalan Utarid U5/11 Mah Sing Industrial Park, 40150 Shah Alam
Telefon: 1-800-22-2324
Whatsapp: 012-245 8027
Fax: 03-78430106
Email: info@bateriku.com
Website: www.bateriku.com
Rupa-rupanya office Bateriku.com di Shah Alam sahaja. Bila kereta pon dah boleh start lepas buat jumping, DaddyG kata "Jom pergi Bateriku.com! Alang-alang kita dah dekat ni." Jimat RM10 apabila walk in.
Perangai suami tercinta mommy ni, dia bukan semberono punya orang. Nampak macam tak buat apa. Nampak macam tak peduli apa. Muka ja la macam tu. Tapi dia pon survey juga harga-harga bateri kereta. Bukan kereta je, kalau beli beras ke pampers ke atau apa saja dia memang akan survey dulu. Berjimat cermat sangat penting. Harga berpatutan diutampakan, kualiti barang didahulukan.
Bila sampai di Bateriku.com, mommy kagum sekejap tengok bumiputera Melayu kita boleh jadi usahawan berjaya.
Kelihatan banyak van dan motosikal Bateriku.com di hadapan pejabat mereka.
Staff Bateriku.com mula memeriksa keadaan bateri kereta. Kemudian menukar bateri kereta yang baru. Tengok staff Bateriku.com tu, memakai vase Bateriku.com siap bersarung tangan semasa melakukan kerja.
Mereka juga membuat pemeriksaan altenator. Staff Bateriku.com melayan segala pertanyaan mommy sehingga mommy faham. Sabar je la melayan mommy yang tak tahu pasal kereta.
Segak je staff Bateriku.com memberikan perkhidmatan terbaik. Mommy bagi 5 bintang!
Sebarang masalah berkenaan bateri kereta kong boleh terus hubungi hotline Bateriku.com 1-800-22-2324 |
Bateriku.com ni bukan sahaja menyediakan perkhidmatan bateri kereta kong di Shah Alam. Perkhidmatan tukar-periksa-pasang bateri kereta oleh Bateriku.com kini beroperasi di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pulau Pinang. Hujung tahun ini mereka akan sampai ke seluruh Malaysia.
memang pakai servis ini aritu.. Mudah sangat ! Dah la murah ! Penting tu bab jimat tuuuu :)
ReplyDeletebila dah sampai kelate nnti leh la rekemenkan kat ayah..
ReplyDeletewah...takde masalah lagi macam ni...ada perkhidmatan delivery bateri kereta
ReplyDeleteKalau bateri kereta korang kong, cepat2 call bateriku.com ye....
ReplyDeleteSama x dengan company kat banting ni BATERIKU BANTING
ReplyDeleteBestnya dan sangat mudah. Tak payah risau lagi la kalau ad masalah bateri problem lepas ni. Jgn lupa save no phone.
ReplyDeletekalau akak dah confirm meraung dah...lepas ni kena simpan no diorang..senang..
ReplyDeleteeh ! segak pulak staff bateriku.com ye? hehehe
ReplyDeleteKena simpan no tel ni, lagipun Yanie memang selalu ulang alik KL..penting untuk kecemasan..
ReplyDeleteMudahnya ada servis camni kan mommy..senang org cari maklumat kat google je.pastu blh cari bateriku.com kat tempat2 beedekatan mereka..
ReplyDeleteServis bateriku.com mmg terbaiklah..
ReplyDelete