Cerita Chak De! India ni dah lama dah. DaddyG baru download. DaddyG tau mana cerita ni best? DaddyG join channel https://telegram.me/Faibersgate . Kat situ lah mereka share movie-movie yang best. Pastu daddyG ajak mommy layan sama-sama. Alolooo so suweettt... Hahaa ini lah aktiviti wajib bersama dari mula kahwin.. Dah tahun yang ke 6.. Best sungguh ke Chak De! India?

Jom kita layan bang Kaali (heee melekat nama Shah Rukh Khan dalam Dilwale) dulu..

Chak De! India










Chak De India bermaksud Berusaha lah! India. Movie Chak De India menceritakan pasukan Hoki wanita India berlawan di Piala Dunia.

Shah Rukh Khan membawa watak jurulatih pasukan hoki wanita India, bernama Kabir Khan. Kabir Khan merupakan pemain Hoki India 7 tahun yang lepas. Akibat kekalahan dalam Piala Dunia beliau dianggap sebagai pengkhianat negara apabila dilihat bersalaman dengan pihak lawan selepas perlawanan tamat.

Haha mana-mana permainan atau pekerjaan ada politiknya. Media pula akan bertindak sebagai pemutar belit. Hadoiii. Fitnah tu fitnah! Bahaya betul. Mommy pon sebagai blogger adalah sebahagian daripada media. Blog mommy ibarat diari online. Mommy berkongsi apa yang mommy lakukan yang mungkin bermanfaat pada yang lain.

Betul la daddyG kata cerita ni best. Selain daripada wujudnya Bang Kaali sadoo, mommy suka penekanan semangat berpasukan dalam ChakDe! India. Semangat berpasukan penting bagi membawa kejayaan. Menang atau kalah tu adat permainan lah.

Bukan pasukan sukan jela perlukan semangat berpasukan, satu keluarga juga perlukan semangat berkeluarga untuk keharmonian bersama. Baru lah keluarga hidup bahagia mengharungi onak dan duri bersama.

Haa cerita ni macam Ola Bola versi india. Ceritan untuk menaikkan semangat cinta negara/nasional. Beza nya cerita ni pasal hoki wanita dan dibuat pada 2007.

Jadi korang boleh la download cerita ni. Chak De! India . Yang belum tengok lagi Neerja boleh download di Telegram juga.
DaddyG kalau ada masa di rumah akan ajak mommy tengok movie. Kali ni movie hindi dari cerita sebenar mengenai seorang pramugari pada hari terakhir beliau menjalankan tugas.

Neerja ni asalnya adalah seorang model. Kemudian menjadi pramugari.

Neerja seorang model cantik

Neerja telah menyelamatkan 359 nyawa manusia dalam pesawat PAN Am 73 yang diserang oleh teroris pada tahun 1986.

1986 mommy dilahirkan. Masa ni Neerja berusia 23 tahun. Dah 30 tahun Neerja tiada.


Movie Neerja menceritakan situasi Neerja mengawal keadaan dalam kapal terbang. Bayangkan bagaimana dia seorang ketua pramugari mengawal pemberontak dan juga penumpang.


Dia tak gentar.


Dalam nyawa beliau dihujung tanduk, beliau berusaha menyelamatkan semua penumpang.


Mommy kagum tengok Neerja. Tenang. Bijak. Masih menjalankan tugas beliau walaupon dalam saat genting.

Bila tengok cerita ni baru mommg tahu bila flight kena hijack, juruterbang kena lari keluar. Tapi kesian la dekat pramugari dan penumpang yang lain. Huhuu

Kagum sangat dengan Neerja.
Mommy nak pecah rahsia. Bil telefon mommy, daddyG yang support sejak declare sehingga sekarang. Heheheee.. Memang masa declare tu daddyG kata nak buat bini. Haaa memang betul lah dah tahun ke 6 jadi bini daddyG.

Masa mula kami guna postpaid Maxis. Nak mencarut pon ada bila dapat bil telefon. Beratus bil. Hidden charge yang buat daddyG bengang dan bertukar ke Celcom.

Hampir 6 tahun setia dengan Celcom, akhirnya kami curang. Kini mommy dan daddyG pengguna Digi. Setiakah kami dengan Digi? Nantikan.....

Officially pengguna Digi 29 Mei 2016

Kenapa kami bertukar? Sebelum ni data plan yang kami guna adalah 3GB RM38 tak termasuk GST. Kadang-kadang cecah RM70-RM80 sebab call free hanya 50 minit. Disebabkan streamyx dah terminate, maka data perlu diupgrade. DaddyG pon survey lah segala jenis telco; Celcom, Umobile, Digi.

Paling penting yang daddyG ambil kira adalah coverage. Coverage paling comel di kawasan rumah, kampung mommy dan daddyG adalah Digi. Umobile murah tapi takde coverage. Kalau di Meru takde coverage, kat kampung tak tau la..

Selamat berblog bersama digi! Muahahaaa



Sebelum Adam mula berkawan dengan jiran di sini, balik rumah je dari sekolah Adam akan terus buka buku buat homework. Mommy kagum!

Adam bersama kawan(jiran)

Namun apabila adam dah ada kawan, balik rumah je Adam nak kawan nak kawan. Adam lupa dia ada homework. Sebelum tidur baru Adam sebut dia ada homework. Masa ni badan dah penat, mata dah nak tutup. Buat kerja sikit je dah mengadu penat. Sakit tangan la.

Daddy bagi rule baru, keluar bermain waktu petang je. Siapkan homework dulu.

Masa awal tahun mommy hari-hari akan periksa beg Adam sebaik sahaja Adam balik sekolah. Lama-lama Adam jadi terbiasa balik rumah je terus buka buku.

Sekarang ni mommy kena mula balik macam dulu. Periksa beg dan buku Adam selepas Adam pulang.

Mommy bagi Adam berkawan sebab nak dia bercakap dan berkawan di sekolah. Kat sekolah Adam senyap, taknak bercakap, tak nak berkawan.

Selepas hari ketiga Adam berkawan dengan jiran, balik je sekolah Adam bagitau dia dah berkawan kat sekolah. Mommy belum tanya cikgu dia lagi. Tak tahu sejauh mana adam berkawan kat sekolah.

Motif berkawan tercapai tapi tak best bila Adam leka berkawan. Mommy lah bertanggungjawab untuk kembalikan semula mood belajar Adam Rayyan. All is well.
Tetiba mommy rasa nak bebel pasal suami yang tak wish hari jadi isteri. Mommy cakap siang-siang kejam mereka yang tak wish hari jadi isteri.

Cuba la korang flashback zaman bercinta. Zaman tu bergayut sampai pagi pon boleh. Zaman tu korang tunggu detik 12 malam nak wish birthday girlfriend. Tapi bila dah jadi isteri, makin lama makin lambat masa nak wish tu.

Eh lupa ke? Dekat facebook pon ada reminder. Kawan-kawan pon wish birthday kau. Tapi pasangan hidup setilam sebantal takde wish. Tak kan tak friend facebook dengan bini kot?

Saja tak nak wish?

Korang tahu apa perasaan wanita yang korang sayang menanti ucapan kekasih hatinya(suami)? Belum jam 12 tengah malam pon dia dah tunggu-tunggu.

Kenapa bila makin bertambah usia perkahwinan, makin jauh hubungan suami isteri tu? Kenapa masa bercinta berlebih-lebih? Kenapa masa bercinta caring giler?

Syg buat apa tu?
Syg dah makan?
Syg dah sampai rumah?
Syg dah solat?
Syg tak tidur lagi ke?

Jangan banyak beralasan. Kalau sayang jangan diam.

Apa lah masalah korang nak bagi isteri gembira dan bahagia dengan ucapan hari jadi.


Tak penting pon la hari lahir ni. Hahahaa kalau tak penting kenapa dulu boleh sambut? Ucapan tak kena bayar pon. Lafaz aje. Fikir-fikirkan lah.
Hari-hari mommy cuci halaman rumah. Anak-anak tak betah bermain di dalam rumah sahaja. Jadi demi anak, mommy cuci halaman rumah setiap hari.


Buka sekadar simbah dengan air. Mommy siap sabun. Sental. Memang betul-betul cuci lah.


Mommy pon tak lalu nak main tengok tahi cicak bersepah setiap penjuru dan di bawah kawasan lampu. Dah la adik Amal suka mengutip.

Ini lah yang buat mommy agak kepenatan seharian. Budak-budak tahu nak main je. Adik Amal dah pandai menangis-nangis nak main kat luar.


Mommy sakit pinggang boleh sapu Biobax. Boleh la kurus kot dah rajin cuci rumah ni. Hahaaa ini bukan rajin. Tapi terlajak rajin demi yang tersayang!




Anis tak sempat nak terror bawa basikal, basikal dia dah rosak. Basikal adam rosak. Basikal anis rosak. Basikal adam rosak sebab tayar sokongan rosak. Basikal anis rosak sebab?



"Nanti kita beli lain ye mommy.", kata Adam Rayyan.

Banyak cantik muka kau! Ingat daddy korang cop duit ke? Mommy minta basikal pon tak dapat! Huhuu
Mommy tak tahu la Adam ni suka ke tidak pergi sekolah. Bangun pagi bersiap tak ada masalah. Daddy akan siapkan adam. Nampak macam seronok nak pergi sekolah. 7:15 adam naik van ke sekolah.

Tiap kali pulang ke rumah, turun je van sekolah, macam dalam gambar ni lah muka adam. Masam. Kelat. Muka ketat.


Tak seronok pergi sekolah ke? Atau panas naik van sekolah?

Kalau panas naik van sekolah, mommy berhimpit ke sekolah naik bas sekolah yang besar tu. Heee membezakan kita adalah adam mula naik van sekolah dari 5 tahun.

Mommy nak kena tanya cikgu kelas Adam ni. Adam kata dia dah mula bermain dengan kawan sekolah. Semoga semua baik-baik belaka. Semoga adam jadi anak soleh dan bijak.

Serius rumah sunyi bila tak ada geng! Haaa mommy memang la tak ada geng. Geng mommy pergi work. Amal hari ni bangun awal. Anis masih tidur. Bila Anis bangun, Amal pula tidur. Hahaa rumah sunyi bila tak ada geng!

Rumah sunyi bila tak ada geng!

Rumah sunyi bila tak ada geng

Senyap sunyi..ngeeeee

Anis tak torah(tentu arah) bila tak ada kawan. Sekejap-sekejap dia mai melepek dekat mommy.

Tunggu la bila abang Adam balik...

Raya dah dekat! Mesti semua dah sibuk cari koleksi baju raya, shawl raya, blouse raya dan skirt raya. Kalau tak raya pon korang mesti pergi tengok jugak la koleksi pakaian yang terdapat di Butik Qaseh Zamri. Sure berkenan!

Butik Qaseh Zamri terletak di :-

No.3a, Jalan 1/1,
Bandar Country Homes,
48000 Rawang,
Selangor.

Koleksi blouse dan pelbagai jenis baju Qaseh Zamri

Koleksi skirt Qaseh Zamri

Koleksi jubah Qaseh Zamri

Koleksi jubah Qaseh Zamri

Anggun berblouse dan skirt Qaseh Zamri

Koleksi blouse Qaseh Zamri

Koleksi shawl Qaseh Zamri siap berkotak

Butik Qaseh Zamri ada macam-macam.
-blouse
-jubah
-shawl
-skirt

Kalau tak dapat pergi Butik Qaseh Zamri, boleh la beli secara online. Jom korang usha instagram instagram.com/qaseh_zamri_collection

Atau terus whatsapp 0133240813
Best kan bila dapat peluang manjakan diri. Haha tapi tak ada la orang nak offer mommy ni. Mommy request la dengan daddyG. "I nak g Shaulyna Salun.". Daddy balas " Ok". 

Yeayyyy! 

Di mana Shaulyna Salun ni?

Shaulyna Salun ni terletak di Bandar Bukit Raja. Jalan Rodat. Shaulyna Salun ni dibuka hanya pada hujung minggu. 

Ready nak cuci rambut

Inu merupakan kali kedua mommy cuci rambut di sini. Harga yang ditawarkan sangat menarik. Murah sangat dan takkan dapat kat tempat lain.

Bergambar dengan pemilik Shaulyna Salun

Satu lagi yang penting mommy nak bagitau, salun ini hanya untuk muslimah sahaja. Rasa selesa je sepanjang berada di sini. Anak-anak pon boleh masuk dan main sementara menunggu mommy.

Pemilik Shaulyna yang peramah

Korang yang dekat dengan Bandar Bukit Raja boleh la buat treatment rambut di Shaulyna Salun. Adam Rayyan pon potong rambut di sini RM6 sahaja. Adam Rayyan taknak dengan mamak. Hahaa
Kalau korang jumpa Auntieannes, cuba la rasa Auntieannes Pretzel Choc. Stick punya tau. Sekali rasa, mesti korang tak melepaskan peluang untuk beli lagi Auntieannes Pretzel Choc ni.

Auntieannes ada macam-macam pilihan korang boleh tengok di website mereka http://www.auntieannes.com


Kali pertama mommy makan Auntieannes Pretzal Choc ni blogger Fiza belanja. Dapat terus makan dan lupa ambil gambar. Jadi kali ni mommy pastikan snap gambar dulu sebelum makan.


Anis dan Amal pon suka sangat. Adam dah tak gemarkan coklat sekarang ni.

Mommy guna resepi roti arab buatkan pretzel stick sendiri dan cicah dengan coklat. Yummy.


Hurmm sebenarnya kalau nak sangat makan ni boleh je buat sendiri. Tapi kena la ada bahan-bahan. Bagusnya bila buat sendiri, dapat la guna bahan yang sihat. Dan barang yang sihat ni mahal. Ahahaa sabar je la... Kalau dah sakit, kosnya lagi banyak dari amalkan makanan sihat.. Jadi marilah kita amalkan makanan yang sihat.

Kalau tak ada bahan, tak ada masa, boleh je belasah makan. Pastu sila detox semula. :D
Siapa dah cuba Biobax Cool Theraphy? Alhamdulillah...Biobax Cool Therapy banyak membantu mommy...al maklum lah mommy kecil, anak dah tiga.. Usia pon dah menginjak 3 series.. Jalan lebih lenguh kaki.. Mop lantai lenguh pinggang.. Cuci habuk, terus bersin dan dapat selsema.

Bila mommy selsema je mommy akan spray sekali picit biobax ke tangan. Kemudian gosok kedua belah tangan dan hidu. Hidu bau biobax sehingga hilang bau biobax tu.

Merawat selsema
Best hidu Biobax Cool Theraphy, wangi

Korang try la buat! Memang berkesan. Biobax bukan sahaja merawat selsema, malah melegakan sakit belakang dan lenguh-lenguh. Kalau berminat boleh whatsapp mommy 0133560192
Blog irrayyan.com dah masuk tahun baru 8 Mei lepas. Happy birthDay yang kedua! Hehe lambat wish sebab terlupa. Tahun ke tiga ni mommy beri nafas baru. Eh beri ubat la kiranya.. Asyik semput je kebelakangan ni.. 

Mommy irra, Adam Rayyan, Anis Insyirah, Amal Insyirah

Macam-macam jadi beberapa bulan ni. Kalau diingat kembali, satu satu hal berlaku. Ada gembira, ada sedih, ada geram. Tapi itulah sebenarnya asam garam kehidupan. 

Mac:-
Kemas pindah rumah
Kemas rumah baru
Adam demam campak
Dinding laman baru
Mesin basuh seminggu off
Streamyx gelong

April:-
Kemas rumah tak habis lg
Amal demam campak
Anis demam campak
End april baru siap kemas
Streamyx gelong

Mei:-
Amal anis sakit telinga
Amal melepoh jari jangkitan kuman
Terminate streamyx
Mesin basuh rosak
Tnb gilo, bil rm789
Masalah data slow, handphone tak support 4G

Sekarang:-
Hp 4G tenet laju dah. Tq #darlinghusband sbb selesaikan masalah tenet. "U tak pernah tak support i jadi blogger". Betapa pentingnya internet kepada seorang blogger.


Semoga tahun ketiga irrayyan.com akan lebih baik dari sebelumnya. Handphone baru kena semangat baru lah juga(handphone sebiji macam daddyG punya). Semoga mommy dan korang(yang membaca) berjaya dalam apa jua bidang atau impian. Aaminn.

Semalam ni, mommy bangun pagi terus keluar rumah untuk cuci baju. Dah cuci baju, mommy sambung cuci kolam mandi anak-anak. Dah sudah cuci, mommy sandarkan kat tepi dinding.

Mommy sambung cuci halaman rumah. Macam biasalah, bersepah dengan tahi cicak. Semak pulak mata menengok.

Anak-anak bangun tidur terus cari mommy di luar. Adam main basikal. Anis main kereta. Amal terus ke kolam mandi yang terbalik. Sebenarnya mommy terbalikkan sebab nak keringkan air dalam tu. 

Brilliant idea! Amal masuk melompat-lompat dalam tu. 


Amal kan kecil lagi. Jadi tak cecah lantai pon. Lagi seronok riang ria Amal main.


Kakak abang pon nak join sekaki. Haaaa sorry naaa.. Rosak terus nanti kolam tu..

Hai la anak! Bijak! Bijak!
Mommy minta tolong dengan daddyG untuk keluarkan duit dari akaun CIMB. Sebelum daddyG pergi kerja, mommy kirimkan kad akaun CIMB. Nak ambil duit kena cucuk kad.

DaddyG pon bagitau la mommy dia nak pergi cucuk duit. Tak lama lepas tu daddy hantar gambar ---> 


Ya Allah! Terbagi kad CIMB Kidzania Adam yang warnanya serupa dengan kad CIMB. 

DaddyG dah siap cucuk dan masukkan nombor pin. Bila nak check balance tak boleh. Hahahahaa ya ampunnnn.

Nasib la daddyG mood tengah baik. Heee daddyG tak marah. Esoknya daddyG pergi atm machine semula.
Assalamualaikum semua. Kepada semua pencari shawl secara online, tentu sahaja ramai yang akan membandingkan harga. Harga yang murah dan shawl yang berkualiti tinggi akan menjadi pilihan ramai. Tentu semua nak tahu berapakah harga shawl labuh chiffon exclusive by Papaglamz ni kan? Memandangkan shawl PapaG baru sahaja menjengah market fesyen Malaysia, sudah pasti PapaG akan menawarkan harga yang paling terbaik untuk anda semua. Sesuai dengan kualiti shawl itu sendiri.
harga-shawl-labuh-chiffon

Harga jualan Shawl Chiffon Exclusive by Papaglamz

Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari PapaG, jadi beliau menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.
1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage 
Haa reasonable tak? Jadi apa tunggu lagi? Cepat PM PapaG cepat-cepat. Nanti dia poskan kat korang. Ingat Shawl PapaG ni limited tau. Yela tak buat banyak sangat. Plays safe katanya. Hehehe

5 Pilihan warna Shawl Exclusive by Papaglamz

Basicaly, Shawl Exclusive by Papaglamz adalah ilham dari PapaG dan wife sewaktu mereka dalam perjalanan pulang dari KL tempoh hari. Entah macam mana tetiba terkeluar pula idea tentang nak buat shawl ni kan. Dari situlah mereka mula membuat sedikit kajian tentang material kain, potongan shawl yang menjadi kesukaan ramai, kos dan macam-macam lagi. Alhamdulillah perancangan mereka berjaya dan terhasillah shawl yang SANGAT EKSKLUSIF ni. 
KONSEP shawl yang mereka ketengah ialah shawl yang mempunyai ciri-ciri lebar dan labuh. Sebab tu shawl yang mereka keluarkan ini agak panjang dan lebar. Panjangnya lebih kurang 1.95 meter dan lebarnya 0.9 meter. Semoga shawl ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 
Dalam pemilihan material, mereka menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Antara sebab mereka menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang LEMBUT dan MUDAH BERALUN serta TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu kain Chiffon jenis ni sama seperti kain Chiffon bubble, tetapi bubblenya adalah sangat sangat sangat halus. Sebab itulah ianya sangat lembut. Kelebihan lain ialah kain dia seakan-akan dwi tone. jika kita lihat dari sisi yang berbeza samada kiri atau kanan, PROJECTION warna kain ada sedikit perbezaan. Menarik kan? Sebab tu lah kain ini dipilih untuk di jadikan shawl eksklusif mereka.

Detail Shawl Exclusive by Papaglamz

Saiz : 1.9 meter X 0.85 meter (Labuh tau)
Jenis kain : Chiffon moist crepe (Macam chiffon bubble tapi bubble dia sangat sangat sangat halus dan lembut serta sejuk dipakai. Yang penting TAK JARANG)
Warna pilihan : 
ukuran-wide-shawl-terkini
Pink Belacan + Basic White (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Blue + Gold Yellow (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Brown + Gold Yellow (Dwi Tone)
ukuran-wide-shawl-terkini
Purple + Elegance Silver (Dwi Tone)
Green Emerald + Gold Yellow (Dwi Tone)
CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!
Limited edition sebab Papaglamz tak buat banyak. Ye la, new baby kan..? Hehehe
Wassap : 0196141393
Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau. Ig : exclusive_by_papaglamz FB : Papaglamz Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz -sekian-
AWAS! ENTRY INI KHAS BUAT MEREKA YANG TELAH BERNIKAH. Jus Orlin atau nama popularnya Jus Ketat adalah salah satu jamu moden yang terdapat di pasaran. Ketat sahaja tak berguna juga. Jus ketat bukan sekadar ketat, malah memberi tenaga seharian untuk si isteri. Usia bukan penghalang si isteri beraksi bagai malam pertama bersama Jus Orlin. Jom buatkan suami anda angau kerana setiap sentuhan anda bagai malam pertama bersama jus orlin. 

Jus ketat
Jus ketat | malam pertama bersama jus orlin

Bagai malam pertama bersama jus orlin

Iye la tu mommy? Sungguh ke? Ok, mommy nak tanya, kalau korang penat, korang nak layan suami tak? Berdosa tolak permintaan suami tau! Jadi korang layan macm tu je la kan? Hilang lah manis malam pertama kalau macam tu. Tapi sekiranya korang bertenaga, korang boleh fikirkan idea bernas untuk suami angaukan anda! Hahaha sehingga si suami teringat bini di rumah. Rasa nak balik rumah cepat. Atau suami siap dah plan, "Sayang, tidurkan anak awal-awal ya malam ni.". 

Secara automatik, nafsu anda akan jadi segar. Kalau dulu sebulan sekali, sekarang boleh jadi seminggu 2-3 kali. Bila badan sihat dan bertenaga, idea pon mari. Nak pastikan anak-anak tidur awal suatu yang sangat mencabar. Tapi demi si dia, korang pasti sanggup buat sesuatu. Berjaga tengah malam pon tidak akan menjadi suatu bebanan kerana kepuasan bersama. Angau! 

Kahwin bukanlah kerana nafsu semata. Anak bukanlah penyebab kita menjadi layu dalam hubungan intim. Sibuk juga bukan alasan untuk merenggangkan hubungan suami isteri. Please do something! Kembalikan malam pertama anda. 

Khasiat Jus Orlin Alludra International

Jom kita ketahui lebih dekat khasiat Jus Orlin Alludra International ini.

TENAGA DALAMAN
Jus Orlin membantu membina semula tenaga dalaman wanita agar sentiasa segar dan cergas sepanjang hari. Wanita bekerjaya semestinya menginginkan tenaga sepanjang hari di tempat kerja dan selepas pulang ke rumah. Wanita surirumah sepanjang masa juga perlukan tenaga untuk melakukan tugas seharian.

Surirumah lagi penat tau. Tambahan ada hulubalang ramai yang perlu di jaga sepanjang masa. Bila badan dah penat, mula lah nak marah-marah anak. Mommy akui supplemen memberi tenaga sangat diperlukan untuk kekal bertenaga. 

Jus Orlin yang kini familiar dengan nama jus ketat terbukti mengetatkan. Dengan badan yang bertenaga mampu memberi kemutan yang kuat. Dah la ketat. Kemut kuat lagi. Pasti suami nak dan nak lagi! #iconmonyettutupmuka #malutapisayangtakshare

PAYUDARA
Usia bukanlah penghalang untuk kaum wanita kelihatan sentiasa cantik dan berseri. Cantik bukan untuk tontonan umum. Cantik si isteri adalah buat suaminya walaupon telah mempunyai anak. Jus botanikal Orlin membantu MENAIKKAN, MENEGANGKAN dan MENGANJALKAN semula aset terpenting wanita iaitu payudara.

HORMON
Masalah hormon sering menjadi pengganggu kepada emosi luaran dan dalaman wanita. Tekanan luaran dan dalaman juga memberi kesan terhadap ketidakstabilan hormon. Jus ORLIN terbukti membantu menstabilkan semula masalah ini untuk kehidupan yang lebih segar dan aman sepanjang masa. 

Contoh masalah disebabkan hormon tidak stabil adalah keputihan dan haid yang tidak teratur. Dua masalah ini pasti memberi tekanan kepada wanita. Jadi mengapa tidak anda mencuba jus jamu moden ini yang boleh membantu menghilangkan keputihan dan masalah haid.

KULIT
Minuman kesihatan Orlin membantu memberi kesegaran kepada kulit dan kulit akan kelihatan lebih anjal.

Herba-herba dalam kandungan jus orlin telah terbukti keberkesanannya. Anda boleh amalkan dengan mencari bahan-bahan herba tersebut. Kalau anda macam mommy. Duduk di bandar, tak jumpa atau tak tahu mana nak dapatkan herba-herba tersebut, maka jom ikut macam mommy minum jus jamu moden Orlin.

Untuk keterangan lebih lanjut dan banyak lagi testimoni dari pengguna yang telah mendapat manfaat dari Jus Orlin Alludra International boleh lah ke :

Atau hubungi terus pengasas produk Puan Arifah, 017-6767 966
Hari ni mommy rajin lebih. Mommy bersihkan laman rumah. Kemudian keluarkan pool. Belum pam lagi Amal dah masuk. Sebenarnya mommy tunggu Adam balik 12:30. 





Anis tidur lagi. Mommy kejutkan Anis. Nanti frust pulak dia tak dapat main kat luar. 


Happy kids!