Sewa kanopi Majestic Events Sdn Bhd

Perancangan asal majlis 1stEFGathering diadakan di Bandar Bukit Raja. Kawasan rumah yang tidak berbumbung membuatkan mommy berfikir untuk menyewa kanopi. Dengan cuaca panas membahang tanpa kanopi tidak sesuai bagi majlis yang akan dimulakan seawal 9 pagi sehingga 5 petang.

Kita hanya mampu merancang, perancangan Dia sebaik-baiknya. Disebabkan mommy dah berpindah ke rumah baru, maka majlis 1stEFGathering telah berubah tempat ke rumah baru di Meru. 9 kilometer dari rumah Bandar Bukit Raja.

Kanopi Majestic Events Sdn Bhd

kanopi Majestic Events Sdn Bhd
Kanopi, kerusi, meja dari Majestic Events Sdn Bhd

Lokasi yang berubah tidak mengubah perancangan asal kami. Majestic Events Sdn Bhd menaja kanopi 20 kaki x 20 kaki beserta scallop, 4 buah meja dan 40 buah kerusi bertemakan warna putih pink serta dua buah kipas berdiri.


Dah kalah majlis nikah ni. Pengantin sahaja yang tiada. Pemasangan khemah dilakukan pada malam sebelum berlangsungnya majlis 1stEFGathering. Pihak Majestic Events Sdn Bhd sangat teliti memasang khemah.


Idea susun atur meja ini di buat oleh pihak Majestic Events Sdn Bhd. Memandangkan ada tanah tidak rata, satu meja diletakkan dalam kawasan halaman rumah. 3 buah meja lagi diletakkan di bawah kanopi. 


Majlis 1stEFGathering nampak sangat meriah dengan hiasan scallop kanopi dan reben kerusi berwarna pink. Terima kasih Majestic Events Sdn Bhd kerana memeriahkan majlis kami.

Majestic Events Sdn Bhd mempunyai banyak jenis kanopi seperti:-
- Kanopi Pyramid
  20x20 / 20x10 / 10x10
- Kanopi Arabian
  20x20 / 18x18 / 20x10 / 12x12 / 10x10
- Kanopi Transparent
  20x20 / 18x18
- Kanopi Gazebo
- Marquee Tent
   - Aircond


Berikut merupakan antara gambar khemah dari Majestic Events Sdn Bhd. 

Majestic Event Sdn Bhd bukan sahaja menyedikan perkhidmatan khemah/kanopi/marquee, malah menyediakan perkhidmatan catering mereka sendiri. 


Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan mengenai khemah kahwin/kanopi boleh hubungi: 
Instagram: majesticevents.sdn.bhd 

0 comments:

Post a Comment