Mommy dah berpindah rumah. Maka sekolah PASTI Adam Rayyan dah jauh. Adam terpaksa berpindah sekolah. Malangnya Adam terkena demam campak. Cuti sekolah seminggu terpaksa menjadi dua minggu dan bertambah menjadi tiga minggu kerana telah berpindah. DaddyG bercuti satu hari untuk mencari sekolah Adam Rayyan. Dari satu sekolah ke satu sekolah PASTI kami pergi, tiada kekosongan. Macam tak berjaya mohon kerja. Kecewa. Kami ke PASTI lama Adam untuk mengambil buku pelajaran Adam. Cikgu pon sedih Adam tak dapat meneruskan pelajaran. Namun mommy tak berputus asa. Mommy terus menghubungi seseorang yang mungkin dapat membantu. Katanya ada PASTI seberang jalan. Akan tetapi PASTI tersebut tiada dalam website PASTI. Jam pada ketika itu menunjukkan pukul 1 tengahari. Daddy kata PASTI dah tutup. Mommy ajak juga untuk mencuba nasib. Haaa PASTI Ar Raudhah masih beroperasi kerana mempunyai dua sesi. Mungkin dah tertulis rezeki Adam Rayyan. Kebetula ada pelajar 5 tahun berpindah dan Adam boleh menggantikan pelajar tersebut. Alhamdulillah! Adam Rayyan diterima masuk ke PASTI Ar Raudhah Meru.
PASTI Ar Raudhah Meru
PASTI Ar Raudhah Meru |
Isnin lepas, 4 April 3016, hari pertama Adam ke sekolah baru, PASTI Ar Raudhah Meru dengan menaiki van sekolah. Selamat bersekolah dan berdikari Adam Rayyan! Adam Rayyan dah besar! Mommy kagum!
Hari pertama persekolahan, mommy turut ke sekolah Adam Rayyan. Pada sesi pagi ada 4 kelas. Setiap kelas mempunyai 15 orang pelajar. Adam Rayyan masuk kelas 5 Muhammad.
Mommy harap Adam Rayyan dapat biasakan diri dengan persekitaran baru, cikgu baru dan kawan-kawan baru dengan cepat.
5 tahun dah kena naik van sekolah sendiri. Sedih pon ada. Kakak yang bawa van dah pesan dengan mommy jangan risau. Dia akan hantar Adam Rayyan sehingga masuk ke sekolah dan hantar pulang depan pagar rumah. Sehingga hari ini, hari yang ke 4, semua berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Good boy Adam Rayyan!
yelah kan mau tak risau..umur 5 tahun..in sha Allah semua baik-baik je
ReplyDeletealahai syg.
ReplyDeletekecik lagi ekk.
takpe. adam strong.
pasti ok :)
fhm perasaan itu..afrina pun 2 thn naik van..risau mmg la risau kn..
ReplyDelete