Malas nak pam angin

Sedang mommy mengemas barang-barang dari rumah lama. Mommy jumpa la pool mandi yang tak perlu nak isi angin. Hari-hari main water color, mommy pon boring. Walhal anak-anak suka je main water color selalu. Lagi pulak nak bagi aktiviti kena libatkan adik Amal yang berusia satu tahun tu. Adik Amal lah yang paling bersemangat nak join. Maka, mari lah kita main air. Adik Amal suka main air ni. Kakak Anis dan Abang Adam pon suka juga main air. Dengan cuaca panas, sangat sesuai lah main air kan.

Eh dah sebulan lebih pindah tak habis kemas lagi? Haa tu la memang tak habis-habis lagi sebab barang banyak sangat. Nak pilih untuk simpan atau buang. Nak simpan pun kena simpan elok-elok. Masa anak-anak tidur je la dapat kemas. Jom lah kita layan mereka main air dulu.





Dah penat dan kenyang nanti, mereka mesti tertidur. Hahahaa kita tengok je la tidur ke tidak. Energy budak-budak ni hebat. Kadang tak tidur siang. Sayang sangat nak tidur kan. Nak main je kerja. Ok, main la puas-puas ye. 

Sampai adik Amal nak keluar sendiri, baru lah habis mandi manda. Ada mommy upload video di facebook dan instagram mommy.

Fb.me/mommyrayyan
Instagram.com/irrayyandotcom


2 comments:

  1. betul tu.. energy anak2 ni susah nak jangka.. kita yg tengok ni letih tapi depa tetap aktif.. hihihihii.. :)

    ReplyDelete