Masa awal pindah dulu, hari-hari jiran belikan jajan/makanan ringan untuk anak-anak mommy. Mommy tak bagi pon anak-anak mommy makan jajan/makanan ringan tersebut.
1. Sebab risau. Kita belum kenal hati budi orang. Tapi mommy ambil jela untuk jaga hati jiran.
2. Tak baik untuk kesihatan. Semua mesti dah sedia maklum berapa banyak perasa dan bahan kimia supaya makanan tersebut tahan lama.
Disebabkan kerap sangat jiran bagi jajan/makanan ringan. Maka mommy pon menyuarakan kepada jiran supaya tak beli jajan lagi. Sejak hari tu, mereka dah tak beli jajan. Tapi mereka beli makanan lain. Macam-macam pulak tu. Haha sabar je lah dapat jiran yang baik hati.
Semoga Allah murahkan rezeki mereka. Aaminnn.
Baik tul jiran tu....susah nak dpt jiran sebegitu sekarang.....
ReplyDeleteyes.. should be!
ReplyDeleteDulu2 mmg tak bagi.makan tapi bila g skolah kat skolah macam2 jual kat luar pagar skolah ..anak2 pon terikut2 mmebeli..huhuhu..kat rumah kita pesan kat sekolah daa lupa huhuhu..anak2 biasa laaa
ReplyDeletekalau orang yg suka budak mmg suka beli memacam bagi kat budak. tapi yg tak bestnya dia tak tanya maknya dulu boleh bagi ke tak. T_T main bagi je
ReplyDelete