Duda Terlajak Laris

Pagi ni mommy baru teringat semalam terlupa tengok cerita Duda Terlajak Laris. Huwaaa dah terlepas satu episod Duda Terlajak Laris. Semua gara-gara mengemas rumah.

Ish mommy ni, bila nak siapnya kemas rumah? Tu la...ni baru clear bilik tengah. Bilik belakang penuh barang. Semalam dah buang 2 kotak buku. Nak bagi orang pon silibus dah berubah. Tu kotak buku dah ada kat luar. Kata daddyG nak pergi jual kertas. Haha. Kemungkinan besar mereput dekat laman rumah.

Kemudian Adam dan Anis ajak mewarna. Selagi tak layan selagi tu la mereka bising. 

Gara-gara ini lah mommy tertinggal tengok Duda Terlajak Laris

Adik Amal pon nak join jugak. Lagi lah mommy lupa nak tengok TV.


Duda Terlajak Laris

Apa lah yang best nye cerita ni? Pertama mommy nak tengok sebab Zara Zya berlakon. Walaupon nampak macam "Eh Zara Zya ni suka pulak kena nikah free". Cuba la berada di tempat dia. Dia pon bukan sengaja terperangkap dalam keadaan tu. Pak Mak dia suruh menikah. Nak tak nak dia tetap kena menikah. Nak patah balik macam mana lagi benda dah jadi? Kena menawan hati suami je lah. Ni yang mommy nak tengok macam mana dia nak memenangi hati suami dia. Adakah sama sahaja dengan cerita-cerita lain? 

Nak kena tengok Duda Terlajak Laris online lah sekejap. :D

1 comment:

  1. Fida tak tgk pun drama melayu pukul 7 tu sekarang.Tak berapa nak minat dah..Org tgk drama melayu..fida duk sibut masak kat dapur..suami pulak layan upin dan ipin ja sekarang

    ReplyDelete