Izzati Suhaide Blogger Pantai Timur

Korang kenal tak blogger Izzati Suhaide? Blogger Izzati Suhaide atau panggilan zatie. Beliau berasal dari Pantai Timur iaitu Kelantan.


Ini merupakan gambar yang mommy guna untuk review zatie di instagram di awal pengenalan kami. Masih menjadi rakan maya ketika itu. Cantik manis zatie ni.

Kemudian mommy jumpa zatie di rumah blogger Ben Ashaari. Pertama kali bersua, mommy tak kenali lagi siapa sebenarnya Zatie. Lagi pun, ramai lagi blogger lain yang pertama kali berjumpa. Sempat bergambar bersama. Tapi gambar ada dalam external hard disk.


Kali kedua mommy bertemu zatie di Zoo Negara. Semakin bertambah pertemuan dua mata akan menambahkan keakraban sesuatu hubungan? Iye ke?

Semakin kerap bertemu,  nampak realiti sebenar watak seseorang itu. Macam mommy la. Ada yang kata mommy ni macam "sombong". Ya la kalau sekadar chat di whatsapp, anda akan rasa mommy ni sombong. Hakikat kalau anda nak tahu kebenarannya kena jumpa face to face dengan mommy. Selepas pertemuan itu baru komen. 


Dalam gambar atau di alam realiti, zatie seorang gadis manis yang sentiasa tersenyum. Tapi dalam hati, dia seorang sahaja yang tahu. 

Mommy ingat dulu ada seorang kakak ni bagitahu, orang yang nampak happy sepanjang masa tu sebab dia dah melalui macam-macam dalam hidup. Sebab tu nampak cool dan happy je. Mommy harap zatie sentiasa tabah dan positif. Tak nama kehidupan lah tanpa cabaran. Cabaran tu sebenarnya sentiasa ada. Berbeza nya adalah bagaimana kita menanganinya. 

Kalau takut dipukul ombak, jangan bermain di tepi pantai. 


Ok sambung lagi. Eh macam panjang dah mommy bebel ni. Masa mommy kenali zatie, beliau baru sahaja menamatkan pengajian ijazah. Sekarang zatie berada di rumah ibu dan ayahnya.

Apa yang kita rancang, sebaik-baik rencana sekali pon, perancangan Dia adalah yang terbaik. Allah nak bagi ruang untuk zatie meluangkan masa dengan mak dan ayah. Kalau kerja jauh, jarang nak jumpa mak ayah. Kalau dah jadi isteri orang, lagi jarang nak jumpa mak ayah kalau menetap jauh. #ehh Macam
Mommy la tu T_T

Ok, cerita bab blog zatie pula. Mommy suka cara penyampaian cerita zatie. Korang kena masuk baca sekali je dulu. http://izatie91.blogspot.com. Mesti nak masuk baca lagi dan lagi. 

Mommy godek facebook zatie jugak untuk buat entry review Izzati Suhaide. Hasilnya.....



Macam Datin Izzati Suhaide. Lawa.


Kurusnya adik mommy ni. Sampai tak cam dah. Zatie ke ni?

Ok lah, mommy taknak bebel dah. Korang nak kenal zatie boleh singgah ke laman sosial zatie:-

Nama blog: Izzati Suhaide
Url: http://izatie91.blogspot.com
Ig personal: http://instagram.com/zatiesuhaide
Ig bisnes: http://instagram.com/iz_hijabist

Tak kenal maka tak cinta,
Bila dah kenal rinduan pula.
Semoga zatie sentiasa bahagia,
Kak irra doakan dipermudahkan urusan semua.

Semoga segala impian zatie menjadi kenyataan. Kipidap. Dongibab. I love you!

Jangan lupa cuci mata di instagram zatie @iz_hijabist

10 comments:

  1. Hehe...entry kedua tacing..adehh..tenkiu kak irra...luv u...mmuahhh..

    ReplyDelete
  2. best kan, bila kita dapat jumpa face to face hehe..

    ReplyDelete
  3. nak terjah sekarang!!

    ReplyDelete
  4. Ada orang kata akak sombong ? gila bengong orang tu... akak la paling peramah Ty pernah jumpa. Zatie ni memang lemah lembut budaknya. Bila la dapat jumpa lagi agaknya..

    ReplyDelete
  5. owh zatie sebaya dgn saya rupanya

    ReplyDelete
  6. Datin Izzatie adik kepada Datin Irra.. sesuai dah tu.. hehehehee.. :)

    ReplyDelete