Cafe Cerita Kambing catering Shah Alam

Orang dulu kala memomokkan kambing adalah tidak sihat. Daging kambing panaskan badan. Gatal bila makan kambing. Hakikatnya kambing punya khasiat dan kebaikan lebih dari lembu. Masyarakat kini pon ramai dah buka mata pasal kebaikan kambing dan rata-rata majlis menggunakan kambing sebagai sajian utama mereka. Sekali lagi mommy perkenalkan nasi beriani dan kambing bakar yang di masak oleh Chef Zakaria dari Cafe Cerita Kambing, catering Shah Alam. Mommy nak kawan-kawan mommy merasai sendiri keenakan masakan Nasi Beriani dan Kambing Bakar dari Cafe Cerita Kambing, catering Shah Alam ini. Alhamdulillah. Rezeki kita di 1stEFGathering tempohari. 


Nasi Beriani, Kambing Bakar Cafe Cerita Kambing, Catering Shah Alam

Nasi Beriani dan Kambing Bakar dari Cafe Cerita Kambing, Catering Shah Alam
Nasi Beriani dan Kambing Bakar dari Cafe Cerita Kambing, Catering Shah Alam

Chef Zakaria Cafe Cerita Kambing

Chef Zakaria berpengalaman membuat catering selama lebih 10 tahun. Chef masak sendiri tau. Cafe Cerita Kambing adalah platform untuk pelanggan merasai masakan chef sebelum membuat tempahan. Penggemar Kambing Bakar juga sudah semestinya tidak akan melepaskan peluang ke sini seperti mommy dan daddyG.

Mommy tak payah puji lebih-lebih. Korang kena rasa sendiri. Jom ke Cafe Cerita Kambing yang terletak di Food Court Anggerik Mall, Shah Alam. 


Yang berbaju hitam tu adalah Chef Zakaria. Menu kami pada hari tersebut adalah nasi beriani, ayam masak merah, kambing masala, kambing bakar, pengat pisang dan air sirap.


Ayam masak merah macam ni susah nak jumpa. Tengok rupa dah sedap. Rasanya lagi sedap. MasyaAllah. 


Kambing bakar Cafe Cerita Kambing mempunyai keunikam tersendiri. Dagingnya lembut beserta sos black pepper yang lain dari yang lain, resepi Chef Zakaria sendiri.



Kambing bakar dan nasi beriani adalah menu utama di Cafe Cerita Kambing. Selain itu ada juga menu lain seperti Laksa Johor, Mee Jawa, Ubi kayu rebus, pengat pisang, bubur kacang dan sebagainya.




Untuk tempahan catering bagi majlis perkahwinan, akikah, atau sebarang majlis boleh hubungi:-

Nombor Telefon: 01131760227 / 0192816308
Facebook: Noraziah Dahari / Cafe Cerita Kambing
Nama Kedai: Cafe Cerita Kambing
Waktu beroperasi: Isnin – Ahad (11:30 pagi – 5:00 petang)
Lokasi: Anggerik Mall, Shah Alam Selangor

Facebook: Cafe Cerita Kambing 
Instagram: cafeceritakambing 


0 comments:

Post a Comment