Segmen Top Mommy Bloggers by ShehanzStudio.com

Mommy nak join segmen YB Shehan yang mudah sangat ni. Nama segmen ni Segmen Top Mommy Bloggers by ShehanzStudio.com . Mommy irra dah sah la mommy blogger. Tapi persoalannya mommy TOP ke? Hahahaa takde masalah pun mommy nak senarai pendek atau senarai panjangkan nama mommy sebagai TOP MOMMY BLOGGER kan?

Ini lah mommy irra bersama anak-anak tercinta; Adam, Anis dan Amal. Trademark irrayyanDotCom adalah Mommy 3A. Mana-mana mommy pergi mommy takkan tinggalkan mereka. Ada juga la tinggal kalau event sejam dua je. Kalau tinggal lama-lama daddy tak bagi sebab daddy takde nenen. Amal pula tak minum susu formula.

mommy blogger
www.irrayyan.com

Mommy saja la cerita sikit mengenai blog mommy ni. Mungkin ada yang dah tahu, dan ada juga yang masih bertanya soalan-soalan yang membawa erti mereka masih tidak mengenali irrayyan. Mommy berjinak dalam dunia blog ketika anak kedua mommy; Anis Insyirah sedang menderita penyakit ekzema. Mommy boleh dikatakan hari-hari akan update mengenai anak-anak mommy di facebook. Kalau tak ada ekzema pon mommy akan update juga.

Nak dijadikan permulaan lahirnya blog mommy ni. kawan mommy kata "Daripada kau update dekat facebook, baik kau buat blog.". Hurmm buat blog. Tahun sebelum tu mommy dah buat blog bisnes. Tapi akhirnya terkubur macam tu je. Bila anak sakit, mommy tinggalkan semua dan memberi tumpuan kepada anak. Lama mommy berfikir dan berfikir serta menyampaikan buah fikiran mommy tu kepada daddyG. Maka daddyG buatkan satu blog dengan template yang simple dan sangat kemas untuk mommy.

Dari blog mommy lah mommy berkongsi cerita anak-anak mommy. Bagaimana merawat penyakit dengan pemakanan holistik. Mommy mengamalkan pemakanan sihat dan segalanya organik kerana anak. Sehingga kini kami masih mengamalkan pemakanan sihat bukan kerana rajin. Mommy tak nak merasai lagi penderitaan anak itu. Ingat, ekzema bukan mengenal usia. Sesiapa sahajaakit  boleh mendapat penyakit ekzema. Dan mommy tak mahu mengulanginya lagi.

Mommy makan je makanan di luar yang banyak MSG dan campuran perasa dan pewarna tambahan. Mana boleh tak makan langsung. Hilang nikmat dunia. Kesian kan kalau tengok anak sendiri tak boleh makan macam-macam. Makan sikit gatal. Makan sikit bengkak. Sekarang Anis dah boleh makan apa sahaja dan mommy dah tahu bagaimana nak menangani. Makanan tak sihat ni adalah makanan berasid. Maka mommy akan meneutralkan makanan tersebut. Haaa memang panjang kalau bercakap mengenai pemakanan sihat ni. Banyak lagi info menarik dalam blog mommy.

Segmen Top Mommy Bloggers by ShehanzStudio.com

SEGMEN TOP MOMMY BLOGGERS BY SHEHANZSTUDIO.COM
SEGMEN TOP MOMMY BLOGGERS BY SHEHANZSTUDIO.COM
Jom mommy blogger join segmen mommy Shehan. Klik banner di atas. :)


2 comments: