Moeder Supplemen Ibu Menyusu Sihat dan Cantik

Alhamdulillah, mommy masih lagi menyusu Amal Insyirah yang berusia 1 tahun 1 minggu sepenuhnya dengan susu ibu. Kurang satu tahun lagi untuk mommy bekalkan susu ibu buat Amal Insyirah. Jadi mommy berusaha bermacam cara yang serasi dengan badan untuk memastikan bekalan susu cukup. Antaranya mommy amalkan minum susu secara konsisten. 

Masa mengandung dulu mommy boleh layan susu kambing segar. Bila dah bersalin, mommy dah tak lalu nak minum susu segar. Apa boleh buat kan badan tak boleh terima. Sekarang mommy dah 2 minggu minum susu moeder.


Apa itu Moeder Milk Booster?
Moeder Milk Booster adalah supplemen tambahan untuk membantu ibu menjaga kesihatan diri dan anak. Moeder berfungsi sebagai perangsang 
penghasilan susu ibu. Moeder dilengkapi dengan 20 bahan makanan tambahan yang diakui dapat menghasilkan susu yang penuh khasiat.

Kandungan bahan-bahan Moeder Milk Booster adalah Susu KambingEkstrak Tomato, Habbatussauda, Madu, Ekstrak Anggur, Lutein, Bird Nest, Seaweed, Buah Tin, Kurma, Gam arab /Manna
Bilberry, Aloe vera, Lobak merah, Brokoli, Omega 3, Betik, Stevia, Vanilla dan Non Diary Creamer.

Dalam masa 2 minggu banyak perubahan yang mommy rasai. Wajah semakin berseri-seri. Mari mommy nak bagi testimoni sikit.


Sebulan yang lalu, ada sebiji jerawat batu naik atas bibir mommy tu. Kemudian tangan gatal mommy membuang keruping dan menghasilkan parut yang jelas sekali walaupon telah memakai foundation. Rujuk gambar kiri. Malu betul bila nak berbual dengan orang sebab parut tu jelas sangat. Parut atas batang hidung akibat kena minyak panas mommy tak berapa kisah sebab tak pelik sangat. Lagipon mommy tak usik langsung parut tu. Kes di bibir ni, mommy sendiri punya angkara. Nasib lah badan sendiri merana. Haha

Mujur ada Moeder! Tengok gambar kiri dan kanan memakai foundation dan lipstik yang sama. Abaikan mata sahaja sebab tak cukup tidur dan kepenatan. Namun senyuman tetap melekat dibibir. Risau dah mommy parut tu lambat sangat nak hilang. Sedih la nak posing bergambar terpaksa cover parut. Tapi masalah parut di bibir dah tiada lagi!


Nak minum moeder milk booster ni ada caranya. Satu scoop pagi dan satu scoop malam di bancuh dengan air suam 200 ml. Pengambilan perlu lah konsinsten dan minum air kosong 8 gelas sehari. Kalau tak konsisten jangan marah lah makan apa-apa suplemen pon tak ada kesan.



Apa lagi manfaat Moeder Milk Booster ni?

Untuk ibu hamil:
-Menguatkan kandungan.
-Mengatasi masalah mual.
-Menormalkan metabolisme.
-Mencegah Rabun ketika malam.
-Mencegah asma dan lelah.
-Memberi lebih tenaga ketika proses bersalin.
-Menguatkan kandungan bagi ibu baru hamil.
-Mencegah sakit pinggang dan tulang belakang ketika hamil kerana membawa kandungan.
-Melembapkan kulit wajah.
-Memberi tenaga.
-Mengelakkan sembelit bagi ibu bersalin.
-Mengatasi masalah depresi(stress)

Untuk bayi:
-Membantu pembentukan otak, saraf, plasma darah, dan organ pembiakan.
-Membantu kecergasan otak bayi (Anak Pintar).
-Melebatkan rambut bayi.
-Mengurangkan risiko kuning.
-Meningkatkan daya tahan badan bayi.
-Memutihkan dan melicinkan kulit bayi.
-Mencegah rabun ketika besar.

Untuk ibu selepas bersalin dan anak menyusu:
-Meningkatkan penghasilan susu ibu
-Menambahkan simpanan stok susu ibu
-Menghasilkan susu yang berzat.
-Mencegah kegemukan selepas bersalin.
-Membantu merawat luka dalaman selepas bersalin.
-Membantu menghilangkan selulit.
-Memberi tenaga terutama ibu berpuasa yang menyusukan anak.

Untuk maklumat lanjut boleh tengok di:-

1 comment: