Menyelam je boleh, berenang tak reti

Berenang merupakan salah satu sunnah Rasulullah saw. Sunnah Rasulullah saw adalah apa yang Rasulullah saw buat semasa hayat beliau. 

Mommy pandai ke berenang? Mommy tahun ni dah nak masuk 30 tahun masih tak berjaya berenang. Mommy dah join kelas renang semasa belajar di UiTM dulu. Tapi belajar berenang sekerat jalan sahaja. 

Apabila mommy kerap berada di kawasan air yang dalam, tekanan dalam air tu membuatkan telinga mommy sakit. Mommy pon terpaksa la berhenti kelas renang.


Nak buat macam mana kan? Dah usaha dah. Namun ada cabaran yang tak dapat di halang. Sakit bukan ku pinta. Oh sedih pula. Walaupon tak dapat berenang, tapi mommy masih boleh menyelam. 

Mommy dan Cosmoderm tak dapat dipisahkan
Lain macam je muka dalam air. Lagi satu mommy nak test power SJ4000 yang mommy beli. Dah lama beli dan tersimpan je. So kali ni di Legoland kiranya mommy bukan sahaja pergi pelancaran Lego Movie 4D. Mommy pon melancarkan penggunaan SJ4000 dalam air. Hahahaa. 

SJ4000 tu apa? SJ4000 ni adalah GOPRO bajet. Harga pon murah; RM400 lebih sahaja. Jangan beli GOPRO adik kalau jarang nak guna tau! Akak ni pon jarang juga guna SJ4000. 

GOPRO tu apa? Adehh. Gopro adalah kamera kecil yang mudah di bawa untuk merakamkan aktiviti mencabar seperti panjat gunung, masuk dalam air, berbasikal. Kecil-kecil cili padi. Walaupon kecil, GOPRO atau SJ4000 ni boleh merakam gambar yang luas. Bahasa teknologi adalah wide. 

Ermmm aktiviti lasak mommy ada menjaga Adam, Anis dan Amal sahaja. Guna kamera handphone sahaja dah memadai. Sesekali bila keluar daerah, baru lah menggunakan SJ4000. 

Tadi bab berenang, dah tersasar ke kamera comel SJ4000. Nak bagitau tanpa SJ4000 tak dapat la merakam gambar mommy tengah menyelam. Menyelam je la sebab mommy tak pandai berenang. :P

3 comments: