Salah seorang blogger EFG, Amysyeera dari www.amysyeera.com telah menyertai Programme on Graduate Employability Enhancement (PROGRESS) for SMART Selangor. Program ini ditaja khas oleh kerajaan Selangor dengan kolaborasi bersama Irshad HR Consulting untuk memberi kursus selama sebulan kepada anak-anak Selangor yang baru sahaja beberapa bulan tamat pengajian tetapi masih belum mendapat sebarang pekerjaan. Di samping belajar mengenai Project & Event Management, Effective Business Writing dan lain-lain, peserta juga perlu mengadakan satu program untuk menjayakan kursus PROGRESS SMART Selangor. Kumpulan Amy membuat membuat Kempen Derma Buku anjuran PROGRESS SMART Selangor.
Kempen Derma Buku anjuran PROGRESS SMART Selangor |
Kempen Derma Buku anjuran PROGRESS SMART Selangor
Seramai 100 orang peserta dari Programme on Graduate Employability Enhancement (PROGRESS) for SMART Selangor akan pergi ke Pulau Carey untuk membuat khidmat komuniti servis. Community service yang dijalankan ini lebih dikenali sebagai Smart Bakti.Mereka akan menderma buku/majalah kepada kaum orang Asli di Pulau Carey. Tujuan mereka ke sana adalah untuk membina satu mini perpustakaan supaya penduduk di pulau itu dapat bersantai sambil membaca buku-buku ilmiah yang akan didermakan.
Jadi, tunggu apa lagi. :) Jom ambil peluang ini datang ke tempat yang dinyatakan dalam gambar di bawah dan menderma buku.
Carlton Hotel Holiday and Suites ni betul-betul berada bersebelahan dengan Pusat Akuatik dan juga Tesco Shah Alam. Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor yang tertera.
0 comments:
Post a Comment