Kelebihan Al-Quran Al-Mummayyaz

Al-Quran adalah panduan utama kehidupan harian kita. Hari-hari korang baca alquran tak? Bacaan korang betul tak?

Sempena 1stEFGathering yang lalu, The Violet Sofia berbesar hati memberi sumbangan Al-Quran Al-Mumayyaz kepada EFGiers yang hadir. 


Tentatif program 1stEFGathering juga dimulakan dengan bacaan Yaasin. Jadi kami merasmikan Al-Quran Al-Mumayyaz pada hari tersebut. Wahhh bertuahnya rasa dapat memiliki al-quran ini. Terima kasih The Violet Sofia .


Keistimewaan Al-Quran Al-Mumayyaz adalah:-
-Khat Utsman Thaha
-Transliterasi per kata (ejaan ayat Al-Quran dalam rumi)
-Terjemahan per kata (tiap ayat Al-Quran diterjemahkan)
-Terjemahan lengkap dalam bentuk ayat di bahagian tepi
-Tajwid bertanda
-Senang nak beza & rujuk
-Asbabun nuzul (sebab diturunkan ayat)
-Indeks doa dalam Al-Quran
-Indeks alfabet (untuk cari tajuk tajuk tertentu dalam Al-Quran boleh refer indeks ni)
-Etika membaca Al-Quran
-Panduan Hukum Tajwid


Pasti semua dah sedia maklum, bacaan yang salah akan memberi makna yang salah. Mommy punya Al-Quran sebelum ini pon ada tajwid bertanda bagi memudahkan bacaan. Yang lagi best bagi mommy adalah senang nak memahami setiap perkataan dalam alquran mumayyaz ni. Boleh belajar bahasa arab sikit-sikit. Dulu-dulu belajar masa tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sahaja.

Best kan al-quran al-mumayyaz ni? Kawan-kawan mommy pon ada tanya macam mana nak dapatkan. Haa korang kalau berkenan juga boleh la usha 

Facebook: The Violet Sofia
Instagram: thevioletsofia
Website : http://www.violetsofia.blogspot.my/
Whatsapp : 019-999 9597

3 comments: