Jamu dari zaman dahulu sehingga kini menjadi suatu keperluan. Siapa tak sayang badan? Atau siapa tak nak jaga badan untuk cik abang tersayang?
Kali ini mommy mencuba jamu moden untuk mewangikan tubuh sepanjang masa. Haa ingat kalau duduk di rumah boleh selebet je? Sepanjang masa kena wangi dan segar untuk menjaga mood sepanjang hari. Badan ni cepat betul bau masyam susu. Dah nama ibu menyusu kan. Tapi mommy tetap tak putus asa untuk menyusukan Amal sehingga dua tahun. Itu yang mommy amalkan Moeder Milk Booster. Sekarang untuk suami tersayang pulak mommy amalkan Harum Malam. Erkk malam je harum? Hahaha jangan fikir bukan-bukan (icon monyet tutup mata).
Bila dah sebut jamu sudah tentu kita dapat agak apakah ramuan jamu tersebut. Rasa Harum Malam adalah campuran herba-herba dan manis rose. InsyaAllah anda boleh terima rasa dan bau Harum Malam. Kena cuba sendiri lah baru dapat rasa.
Kelebihan/Manfaat Harum Malam
Harum malam dapat membantu menyegarkan & menyihatkan badan. Itu sebabnya orang dahulu mewajibkan ibu dalam pantang mengamalkan jamu. Untuk badan yang lemah selepas bersalin kembali segar dan sihat. Dah habis pantang boleh terus amalkan jamu untuk kesihatan berpanjangan. Badan bila dah buat kerja mesti lah penat kan. Jamu moden Harum Malam kiranya bertindak sebagai rawatan dalaman.
Harum Malam membantu mencantikkan dan menaikkan seri wajah. Mommy bukan sahaja mengamalkan Harum Malam, malah mommy mengamalkan Moeder Milk Booster. Pengambilan zat makanan yang mencukupi akan membantu mencantikkan rupa paras serta menaikkan seri wajah. Senang contoh mommy bagi, cuba anda tak mandi selama 24 jam. Haaa apa jadi? Jadi bila kita mengambil zat makanan yang sempurna akan memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan.
Harum Malam membantu menguatkan otot-otot faraj, menyelesaikan masalah keputihan, menghilangkan bau tidak enak pada faraj dan gatal-gatal dan meningkatkan keinginan seksual. Ikutkan pengalaman mommy sendiri, ya betul jamu akan membantu menguatkan kemutan. Hahahaa maaf lah yang belum kahwin tu. Tapi korang boleh buat persediaan nanti. Bukan orang yang dah kahwin je boleh amalkan jamu ni. Gadis-gadis pon amat digalakkan untuk mengamalkan jamu bagi menjaga kesihatan wanita.
Bagi yang nak menjarakkan anak, awas! Sila berhati-hati tau! Mommy pernah tereksiden kerana mengamalkan jamu. Dapat Anis Insyirah dulu.
Bagi maklumat lanjut pasal Harum Malam bolehlah hubungi 010-4042769
Cara pengambilan Harum Malam adalah:
Pagi : 1 sudu sebelum sarapan
Malam : 1 sudu sebelum tidur
*boleh diminum terus
*Pastikan guna sudu plastik kerana Harum Malam mengandungi madu,dikhuatiri kalau guna sudu besi akan hilang khasiatnya. Boleh simpan dalam peti sejuk .Produk Harum Malam Halal dan lebih 7 tahun dalam pasaran..
Isipadu : 250 ml
Berat : 580 gram
Mommy dah cuba! Anda bila lagi?
Wah boleh cuba ni :)
ReplyDeleteAummmm....
ReplyDeleteIhihi..
Betul2..kaum pompuan mmg kena jaga badan...
Salam ziarah dr akk
dah lama teringin nak try Harum Malam ni...tak sempat2 g beli..busy sungguh kan..
ReplyDelete