Alkisah hari 1stEFGathering tu, pemilik rumah jiran sebelah, India bernama Mani(bukan nama sebenar) jumpa daddyG banyak kali cakap pasal kami makan tanah dia. Padahal, pagar asal dalam gambar di bawah(gambar ni sahaja yang nampak pagar asal) di buat oleh pemilik jiran rumah sebelah sebelum Mani. Mani tu owner sekarang. Owner sebelumnya yang buat rumah senget.
DaddyG terus maklumkan perihal termakan tanah sebelah pada hari Isnin. Tengahari Isnin Gan, kontraktor rumah datang. Gan kata "Hari tu saya nak betulkan tapi orang yang duduk rumah sebelah tak bagi. Takpa, kita kasi sama semula."
Petangnya ada lori hantar bata, pasir dan simen. Fuhhh laju betul mereka. Bagus lah macam ni. Esoknya, Selasa datang dua pekerja Gan untuk melaksanakan misi memperbetulkan pagar rumah kami.
Cepat betul Si Zainal(bukan nama sebenar) ni buat kerja. Pagar dah tumbang. Owner sebelah tu pon sibuk lah suruh buang semua sekali.
Si Zainal ni katanya nak tunggu kawan dia. Dipaksa-paksa oleh Mani, dia pon drill aje lah.
Sekali, retak!
"India tu pandai berbicara sahaja", kata si Zainal. Hahaha amboi bahasa si Zainal.
Idea si Mani tu la penyebab retak. Kesan buruk pon akan dapat pada rumah Mani tu juga. Boleh menyebabkan dinding dan tiang rumah dia lah yang jatuh. Kawan si Zainal iaitu si Nafie(bukan nama sebenar) suruh mommy panggil India tu mari tengok sendiri rumah.
Tengok je rumah, Mani kata "Bodoh ini orang yang bikin rumah.".
Kahkahkah. Idea kau jugak la yang buat rumah kau retak. Adoiii laaa
Sementara tunggu Gan bawa besi penahan daripada dinding tu jatuh, Si Nafie mula buat pagar baru. Mommy minta pagar terus sampai atas. Tak payah ada lubang.
Dengar-dengar Bangla yang akan menyewa rumah sebelah. Ikut kan hati nak suruh je ikat batu sampai atas. Tapi susah la sebab binaan rumah sebelah tu kan senget.
Bila dah pasang besi penahan, baru lah kerja membuang dinding rumah Mani tu di sambung semula. Gagah sungguh si Zainal. Seorang diri je ketuk dinding tu.
Esoknya Zainal dan Nafie datang sambung sapu plaster. Dinding sebelah rumah Mani pon mereka plaster. Katanya tak nak Mani tu cari pasal dengan kami lagi.
Cari Khamis, dinding di pasang skirting dan di cat.
Dah kembali seperti sedia kala. Ini lah penyebab mommy sibuk. Bila kerja-kerja membina semula pagar di jalankan, rumah kembali berdebu. Nasib la si Zainal dan Nafie siap cuci lantai.
Tengok khemah 1stEFGathering pon ada lagi. Hari Jumaat baru khemah tu dibuka. Tu yang mommy sibuk la sangat dengan Adam Rayyan demam campak. Mesin basuh pon masalah! Adehh
Menympahnyaa dpt jiran mcm tuu. Nak je ketuk ketuk kpla dia dgn senduk. Maroh ni maroh
ReplyDeleteInShaaAllah makin lawa lepas buat pagar mcm tu mommy hehehe. Macam2 laa jiran cenggini. Sedap2 jee mengutuk hahaha. Tp rumah sis lawa! hihii
ReplyDeletesemoga urusan mommy dipermudahkan... :D
ReplyDeletemaaf cakap kalau berjiran dengan india memang macam ni la selalunya..base on experience
ReplyDeleteoooo mcm tu ceritanya ....
ReplyDeleteada jugak ek cam tu. Bagus liputan mommy...sgt detail walaupun tak menggunakan nama sebenar hahaha
cantik rumah mommy ira
ReplyDeletealhamdulillah dah selesai... :)
ReplyDeletejiran ni mcm2 peel dok ada...
ReplyDeletekena yg mcm ni mmg sakit jugak hati ye :)
susah ada jiran camtu
ReplyDeleteSabar ye mommy...jiran dpn kami pn india gak
ReplyDeletepening dapar jiran gini kan mommy. Yang penting smua nya da selesai. Alhamdulillah =)
ReplyDeleteSusah kalau dapat jiran yang "TAK OVER TAK SAH" ni..Jiran Fida pulak..kalau selisih..mak aiii..Buka pagar macam nk roboh pagar tu..Apa yg dia tak puas hati x tau la..walhal kita tak kacau org pun..p kerja blk kerja ja kita.nak singgah gosip memang tak la..
ReplyDeletesib baik settle dgn elok, irra.
ReplyDeletekalu jiran berkira, memang ler payah ekk.
tak menyabar plak tu.