1stEFGathering 7 hari lagi

"Korang buat la gathering kumpul kita semua, kekny turun KL nanti", kata kak Eny Abdulllah. Bukan kak Eny sahaja, yang lain pon bertanya bila nak buat gathering. 

Mommy pernah sekali buat mini gathering dekat Dataran Shah Alam. Masa tu yang turun blogger Fendi, Amy, Aina dan Mieza. Sedikit kecewa kerana semua tak dapat nak join perjumpaan tu. Jadi mommy malas dah nak buat lagi. Hahaha.

Akan tetapi, atas desakan mommy menyuarakan hasrat gathering EFGiers kepada daddyG. "Buat makan-makan blogger dekat rumah kita boleh?". DaddyG izinkan. Jadi tarikh yang mommy pilih adalah 19.3.2016. 

Walaupon dah lama pilih tarikh tu, yang boleh datang gathering hanya belasan sahaja. Hahahaa. EFGiers terkini ada 30 lebih. Mommy dah keluarkan mana yang dah tak aktif nak menulis blog. Tak tulis blog macam mana nak promosi blog? 

Mana lagi baki yang belasan blogger tu. Blogger di Sabah Sarawak ada tiga orang. Sah sah mereka tidak dapat menyertai program ini. Ada yang teringin nak datang sangat-sangat tak jadi atas macam-macam urusan. Ada yang balik kampung. 

Kalau rancang dua minggu sebelum yang datang 5 orang. Kalau rancang beberapa bulan sebelum yang datang 15 orang. Jadi nak semua datang kena rancang setahun sebelum ke? Just asking :D


Event hanya tinggal 7 hari sahaja lagi. Ada yang mommy pernah jumpa. Ada yang belum. 

Mommy dah dapatkan sponsor makanan sedap untuk semua yang hadir. Mommy dapatkan sponsor kanopi untuk kita berkumpul dan membuat aktiviti. Mommy dapatkan sponsor balloon deco untuk hiasan terbaik pada hari kejadian. 

I didnt realize that i can do this. Speaking pulak mommy. But then, all this thing is not for free. Mesti ada yang kata, wahhh seronok la jadi blogger, sponsor jeeerrr. Orang tak tahu blogger adalah media influencer yang akan mempromosikan produk. Mereka yang tahu strategy markerting pasti tidak melepaskan peluang nak sponsor event blogger.  

Semoga apa yang dirancang menjadi kenyataan. Semoga segala yang dirancang dipermudahkan. Semoga semua yang hadir dan para sponsor mendapat manfaat daripada majlis ini. Wassalam.

3 comments: