Perkembangan sebulan di PASTI

Dah sebulan Adam Rayyan bersekolah di Tadika PASTI Little Syabab. Rutin harian Adam Rayyan selepas bersekolah sangat teratur dan rutin harian mommy pon menjadi cantik sekali walaupon sedikit penat.

Adam Rayyan bangun pukul 7 pagi dan disiapkan oleh daddy. Mommy akan menyiapkan sarapan pagi. Mommy akan bancuh segelas susu untuk Adam Rayyan. Namun ada hari Adam Rayyan minta air milo atau air teh o. 


7:40 Daddy akan hantar Adam Rayyan ke sekolah. Adam Rayyan buka pintu kereta sendiri semasa naik dan turun kereta. Adam Rayyan salam mommy sebelum keluar rumah dan salam daddy sebelum masuk pagar sekolah.

12:30 Adam Rayyan balik ke rumah dengan Damia. Mommy akan buka beg sekolah Adam Rayyan. Periksa buku-buku sekolah. Adam Rayyan mengulangkaji pelajaran dan bermain dengan Anis Insyirah.

Pukul 10 malam Adam Rayyan dah tidur. Rutin harian Adam Rayyan jadi teratur. Adam Rayyan pon mudah bangun pagi dan tidur.

Di sekolah pula, Adam Rayyan pada mulanya tidak berkawan dan tidak bercakap. Masuk minggu ke empat Adam Rayyan dah mula berkawan dan bercakap. Ustazah bagitahu mommy semasa mommy ambil Adam Rayyan hari Khamis lepas. Seronok. Gembira. Bahagia mendengar perkembangan Adam Rayyan. Semoga jadi anak yang bijak pandai! Aaminnn.

3 comments:

  1. comel dia pakai baju sekolah...ehe

    ReplyDelete
  2. Comelnye dia pakai baju sekolah.
    Hehehe semoga terus berjaya Adam Rayyan! ;)

    ReplyDelete
  3. suka gaya rambut adam. nampak manly gitu :D

    ReplyDelete