Walau mahal macam mana sekali pon, mommy sekeluarga masih mengamalkan gula organik. Kali ni daddyG beli gula organik di Giant. RM10.19 sekilo. Murah la tu.
Pernah mommy bertanya pada daddyG, ada potensi ke kita kembali menggunakan gula putih. DaddyG kata tak lah.
Bila kita dah tahu baik atau buruk sesuatu itu, pasti kita akan berkeputusan memilih yang terbaik untuk yang tersayang. Duit boleh dicari, kalau sakit merana diri.
100% Gula Organik |
Jumlah: RM50.95
Berapa lama tahan 1 kilogram gula organik ni? Ermm mommy pon tak pasti. Kadang-kadang daddyG beli gula organik Hexa 400 gram sebungkus.
Mommy jadi risau bila dengar berita orang sakit tiba-tiba. Rupanya buah pinggang tak berfungsi dah. Kesian tau buah pinggang kita hari-hari kena proses toksik. Gula putih adalah salah satu toksik. Makanan lain pon majoriti adalah toksik kecuali organik.
Walaupon kita ambil supplemen, buah pinggang kita tetap nak kena proses toksik yang masuk. Toksik bukan masuk ikut makanan je tau, ikut kulit pon boleh. Seperti mandian dan shampoo yang mempunyai bahan kimia.
Pandangan mommy sendiri, daripada mommy nak kena makan supplemen, elok mommy amalkan makanan sihat. Buah pinggang pon tak penat. Sekali sekala jela bagi buah pinggang kerja kuat. Hahaha nikmat juga tu dapat makan segala jenis makanan.
Wah mommy da mula membebel pasal kesihatan. Satu perkara lagi bab jaga pemakanan ni. Mommy jarang dapat sakit semasa mengamalkan diet alkali. Tapi! Lepas mommy bantai balik makan merapu, mommy senang berjangkit selsema. T_T
Mommy akan cuba sedaya upaya meminimumkan makanan tak sihat untuk kesihatan sekeluarga.
oo..baru tau ada gula organik ni jual kat pasaraya..macam tak perasan pulak selalu bila shopping barang dapo..
ReplyDeleteSue pun beli gula organik di giant. Mknn pun still pantang yg byk tepung gandum dan gula putih.
ReplyDeletewow... menarik ni, akak pun baru tahu... bgs la gula ni...
ReplyDeleteseerius tak pernah cuba gula organik. sedap tak rasa dia? hehe
ReplyDeletegula stevia dengan gula kesihatan je umi guna kat rumah sebab umi diabetes kan