Berebut aiskim Magnum

DaddyG akan berhenti isi minyak di Shell Gerik setiap kali pulang ke kampung. Kali ini mommy rasa nak makan aiskrim. DaddyG bagi RM10. Mommy paw aiskrim Magnum yang berharga RM4.50 satu. Beli dua je. Konon-konon boleh kongsi sama-sama dengan Adam dan Anis.


Menyesal sekejap sebab ambil dua je. Adam Anis tak nak kongsi. Korang nak mommy diet kan? 


Amal pon tak boleh makan. Sila tengok je la adik! Pegang plastik pon boleh kan.


Adam Rayyan dah besar! Sekejap je dia makan sampai habis. Mommy dapat rasa sikit je T_T


Sabar ye Amal. Nanti Amal dah besar mommy belanja makan magnum eh! Daddy, please belanja mommy magnum lagi satu! 

Aiskrim ada banyak bahan perasa, bahan pewarna dan macam-macam bahan kimia supaya tahan lama. Bila aiskrim terkena kulit Anis, kulit Anis akan berubah serta merta jadi merah. Tapi Anis mana boleh tahan daulat. Dia makan juga aiskrim dan pastikan aiskrim tak kena kulit dia. Lagipun bukan selalu makan aiskrim kan. Sesekali je. Bukan aiskrim je yang memberi kesan kepada Anis. Apa sahaja benda yang ada bahan kimia akan menjadikan kulit Anis merah. Merah yang akan hilang selepas setengah jam. Anis pon dah pandai bila makan je akan cari tisu. Good girl la anak mommy! 


9 comments:

  1. bestnya dapat makan ais krim...
    saya nak kena berpantang dl sbb batuk...hehehehe

    ReplyDelete
  2. kalau auntie pun nak berebut jugak

    ReplyDelete
  3. saje je triple A ni bagi auntie rasa nak makan eskrem magnum...

    ReplyDelete
  4. ya allah sedapnyaaaaaaaaaa hahahaha terliur lama dah magnum TT_TT

    ReplyDelete
  5. secara tak langsung mommy tak perlu risau anak comot makn ais krim..

    ReplyDelete
  6. kesian amal tengok tenunggg je si adam tu hahaha. eei comel tau.

    magnum ermm daddyG belanja kc sekali please muahahaha

    ReplyDelete