Streamyx problem, 3G Celcom slow

Petang 7 Januari, internet streamyx tiba-tiba tak ada. Mommy tak melengahkan masa dail 100. 

Customer service Telekom melayan mommy dengan baik sekali. Dan kesudahan beliau membuat report. Katanya masalah akan diselesaikan sehari selepas report.

Seawal pagi 8 Januari mommy dapat mesej seperti di bawah.


Ok. Mommy tunggu jela. Kita tengok dan lihat berapa lama masa TM nak selesaikan masalah mommy.


Pukul 12 tengahari mommy dapat satu lagi mesej. Wuwuwuuu lamanya tak ada internet.

Malam tadi mommy memang geram jela guna data 3G Celcom yang slow. Sekejap-sekejap telegram dan whatsapp "connecting". Stress!!!!

Hari ni 9 Januari, internet 3G Celcom lagi teruk dari semalam. Rasa macam duduk dalam hutan dah. Jadi mommy malas nak tengok "Connecting" je, mommy sekali sekala je buka handphone.

Harap esok dapat la streamyx tu elok macam biasa. Mommy susah la nak buat apa-apa sekarang ni. Rasa macam nak baling je handphone ni. Tapi, tak mungkin la! Sayang oi... Jadi mommy buat luahan perasan dekat sini. 

DaddyG kata sebab handphone mommy tak support 4D. Grr line ada pon 3G je. Buat apa nak 4D baru laju???!

0 comments:

Post a Comment