Mommy mengandung lagi

Mommy gemok! Mommy berusaha nak kurus. Tapi tak berjaya kurus lagi. Mommy selalu penat. Jadi mommy akan selalu makan. Bila mommy nak kurusnya? Takpe lah bab kurus tu. Bila mommy penat sebab jaga tiga orang anak, ada yang berbunyi suruh mommy tambah lagi seorang. Hokaloh!


Cakap memang senang. Tuan badan yang nak hadap tu yang merasanya. Untung la kalau ada yang mengandung langsung tak alah. Untung la kalau ada yang mengandung langsung tak sakit lenguh pinggang bagai. Tak masuk kejang kaki atau kebas sana sini. Atau mengalami kencing manis semasa mengandung dan kena berulang alik ke klinik ibu dan anak.

Biasa lah sebenarnya. Jika anak dara akan di tanya bila nak kahwin. Jika dah berkahwin akan di tanya bila nak ada anak. Jika dah beranak satu, akan di tanya bila nak beranak dua? Jika dah beranak dua, bila nak beranak tiga pulak? 

Bila jarak anak rapat sangat dikatanya produktif. Jururawat di Klinik Kesihatan Ibu & Anak pon bising. Bukan tu je, orang sekeliling rapat dan jauh pon bertanyakan benda yang sama. "Tak planning ke?"

Kaedah merancang:-
1. Pil perancang
2. Cucuk hormon
3. Implanon
4. Iucd
5. Kondom
6. Rancang sendiri

Kaedah merancang dah tahu tapi masih tak hadam kitaran telur(ovum) pon akan jadi masalah. Telur(ovum) ibu yang sedang menyusu masih mengalami kitaran normal walaupon tidak datang haid. Jangan ingat tak period tu anda tak subur. 

Cucuk hormon sebab nak jarakkan anak dapat ekzema. Pernah dengar tak? Mommy ada kawan bukan seorang, bukan dua orang tapi ramai yang kena ekzema selepas beberapa tahun cucuk hormon perancang. Kesian kan anak kecil kena ekzema, lagi kesian melihat kawan-kawan dewasa yang mengalami sendiri ekzema. 

Mommy sendiri pernah cucuk dua kali. Sekali cucuk bengkak bontot mommy. Dua kali cucuk, dua kali bengkak bontot. Lama pulak tu masa di ambil untuk bengkak itu surut. Kakak pon marah dan suruh mommy stop cucuk. Katanya cucuk ni boleh buat payah dapat anak di kemudian hari. Mommy terus berhenti la. DaddyG nak 5 orang anak. 

Haa daddyG nak lagi 5, boleh la beranak lagi? Banyak la cantik!!!! Aku memang tak boleh hadam la kenapa korang nak suruh aku beranak lagi sedangkan korang tahu Amal Insyirah tu kecil lagi. Amal baru 10 bulan. Masih menyusu. 

Kalau dah rezeki. Ya la rezeki. Tapi kita mampu merancang sebaiknya. Doa la baik-baik. Doakan aku mampu nak menyusukan Amal Insyirah selama 2 tahun.

Mommy mengandung lagi? Mana ada!!! Mommy tekad dan nekad nak susukan Amal selama 2 tahun. 

12 comments:

  1. ekin setahun lebih kahwin masih belum dikurniakan anak lagi... selalu ditnya soalan macam2 aduhhh naik pening nak jawab..

    ReplyDelete
  2. baru nak wish tahniah tadi kak..kalau dah rezeki terima je kan :)

    ReplyDelete
  3. Panjang entri kali ni. InsyaAllah mommy, 2tahun insyaAllah. Kita je tau apa yg kita hadap. Apa pun stay strong. Nk menjaga yg 1 pun dah rasa give up kadang tu. Respect kt mommy irra yg boleh faced 3kerenah anak kecik. Kipidap dongibab mommy. Amal menyusu kuat2 ye

    ReplyDelete
  4. Take care Ira...
    Jaga Anak-anak kecik biasa lab memang penat. Tabah yaa....

    ReplyDelete
  5. Suspen jeee hahaha inshaAllah!!! Semoga planning tu berjalan dengan lancar.. Amin

    ReplyDelete
  6. Hahaha tau tau esok ngandung betul.. pengsan mommy

    ReplyDelete
  7. Mommy irra mengandungkan lemak dalam badan..haha... Lari....

    ReplyDelete
  8. Hahhahah kelakar laa Kak Irra.... Sha dah eksaited sangat baca tadi... Dah berangan pulak kot2 baby boy plak... sorry ai is over... Seronok baca orang preggy... maklumlah... Sha takde rezeki lagi...

    Apapun take care Kak Irra !

    ReplyDelete
  9. Skang irra planning sndri ke?

    ReplyDelete
  10. kalau boleh biarlah anak tu besar sikit kan ira..kesian pulak diorang..tapi kalau dah rezeki..emmmm.......

    ReplyDelete
  11. MD pun nak ucapkan tahniah kat mommy irra tadi...hihi....

    ReplyDelete