Kabel Streamyx kena curi

Kronologi ketiadaan internet streamyx

Pada 7-1-2016 bersamaan hari Khamis, setelah mommy kesan router hanya ada dua lampu bernyala, mommy terus hubungi Telekom di talian 100 pada pukul 17:04. Pegawai yang bercakap membuat report mengenai masalah mommy.

Pada 8-1-2016 bersamaan hari Jumaat, pada pukul 8:03 pagi, mommy dapat satu mesej.

RM0.00 TM:1-13512927289 We're trying our best to resolve the report within the next working day, subject to nature of the fault. We'll keep you updated. TQ

Dan satu lagi mesej diterima tidak lama selepas itu.

RM0.00 Msg From TM: <1-13512927289> Dear Sir/Madam, restoration works for your service is in progress. TQ

Pada hari yang sama jam 12:03 mommy mendapat satu lagi mesej

RM0.00 Msg frm TM: Dear Sir/Mdm, regret to inform you there is a svc disruption in yr area. Expected restoration of yr svc by 10/01/16. TQ for yr patience. 

Mommy pasrah dan redha walaupon terpaksa menunggu lama. 

10 Januari telah berlalu, streamyx masih tidak dapat digunakan. Seawal pagi 11-1-2016 (hari ini) Isnin, jam 8:26 mommy hubungi Telekom semula untuk mengetahui status terkini.

Menurut pegawai Telekom yang bercakap, masalah sedang diatasi. Masa yang lebih lama diperlukan untuk menyelesaikan masalah ni. Hurmm

"Apa masalah sebenarnya?", tanya mommy.

"Kabel streamyx kena curi". 

Ya Allah! Kabel streamyx pon kau nak curi???!!!



Mommy update blog dengan data Celcom yang coverage macam siput. Macam duduk dalam hutan. Connecting je. Bertabahlah mommy!

Alhamdulillah. Pagi tadi jam 4 tangan mommy gatal nak sambung plug router. Internet dah kembali pulih seperti biasa! Yeay!!! Nak settle rebate pula lepas ni. 

4 comments:

  1. skang ni semua terdesak dgn kos hidup..mcm2 sanggup buat..

    ReplyDelete
  2. orang sekarang ni, selagi benda tu boleh datangkan duit selagi itu nak buat duit...biarpun dah tahu benda tu halal atau haram!

    ~Admin : My New Blogger~
    http://munirahmustafar84.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. Keadaan sekarang ni terlalu mendesak, sampai ade yang sanggup mencuri demi kelangsungan idup.. dah curi p jual plak.. huhuhu..

    ReplyDelete
  4. ofis kami pun selalu jd mcm ni.. kabel teelfon kene curik. aman telefon senyap kejap kt opis lalalalala

    ReplyDelete