Adam dah mula sekolah tahun ni. Masa orientasi yang lalu, Adam dah dapat buku teks dan buku latihan. Ibu bapa perlu bawa balik untuk menulis nama dan membalut buku.
Kali terakhir mommy membalut buku adalah masa zaman belajar universiti. Tu pon membalut buku rujukan. Sayang kan beli buku mahal-mahal.
Kini mommy kembali mula membalut buku di usia 30 masuk tahun ini. Banyak pula tu buku Adam ni.
Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah membeli:-
Pembalut buku 10 meter RM5.50
Soletape RM1
Permenant pen RM4.30
Daddy pula suruh mommy letak sticker supaya senang cikgu kenalpasti buku Adam. Mommy yang menurut perintah menulis nama "Adam Rayyan" di atas sticker berwarna oren pilihan daddyG
Selepas melekatkan sticker di setiap penjuru kiri buku, mommy menulis nama pada penjuru kanan buku. Seterusnya mommy membalut buku yang hampir 20 buah.
2 hari juga mommy mengambil masa nak membalut semua buku. Gigih mommy nak siapkan segera, namun di ganggu oleh baby Amal yang comel tu. Kena tunggu Amal tidur baru boleh selesaikan misi membalut buku Adam.
Balut dan label buku sekolah |
Buku-buku ni semua tinggal kat tadika. Semoga diterangkan pintu hati Adam untuk mudah menerima ilmu.
huhuhu lama tu... semoga dik adam belajar rajin-rajin ye
ReplyDeleteYa Nuur Ya Haadi Ya Haq... Ya Fattah Ya Basith Ya Wasi', Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid....
ReplyDeleteSaya last ballut buku tahun 1998. Hehehe. Lama tu. Nak balut buku sekarang Adli kecik lagi. hihihi
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeletemoment yang buat kita teringat balik waktu mak abah kita balutkan buku-buku kita dulu...
*tibe2 mata masuk habuk!!!
~Admin : My New Blogger~
http://munirahmustafar84.blogspot.my
Alhamdulillah.. Insha Allah...
ReplyDeletealahai comel je buku2 nya hihi
ReplyDelete