Aplikasi YouCam Makeup ini diperkenalkan oleh blogger
Razi dan
Najeeb semasa program Family day Kelab Blogger Ben Ashaari tahun lalu. Ketawa terbahak-bahak mommy tengok gambar mereka setelah di makeover oleh aplikasi YouCam Makeup ni.
Mommy dah tanya mereka apa nama aplikasi tu. Disebabkan coverage Celcom yang tak berapa baik di kawasan tu, mommy tak install dan terus lupa sehingga la semalam mommy minta semula nama aplikasi makeup ni dengan Razi. Terhasil la dua gambar di bawah ni:-
|
Amal Insyirah setelah di transform melalui Aplikasi YouCam Makeup |
|
Aplikasi YouCam Makeup | Comel anak siapa ni |
Aplikasi YouCam Makeup - Virtual Makeover
Jadi di sini mommy nak kongsikan mengenai aplikasi ini. Memang seharian mommy godek aplikasi ni jela. Geli hati melihat hasil touch up sendiri. :P
|
Aplikasi YouCam Makeup | Virtual Makeover |
Aplikasi ni boleh digunakan untuk real-time makeovers. Snap je terus rupa dah siap make up cantik persis artis.
|
Aplikasi YouCam Makeup | Real Time Makeovers |
Anda percaya lipstik akan menaikkan seri wajah? Walau hanya dengan secalit lipstik di bibir anda akan menghilangkan kelesuan. Yang sakit boleh disembunyikan. Yang tengah sedih boleh tak perasan. Mommy sendiri kalau tak pakai lipstik ni terus nampak macam mommy yang kepenatan layan 10 orang anak. Hahahaa
|
Aplikasi YouCam Makeup | High Luster Lip Color |
Boleh juga anda berangan menjadi Che Ta dengan memakai bulu mata palsu yang tebal dan cantik. Confirm tak jatuh atau berat mata punya sebab 200% PALSU. :D
|
Aplikasi YouCam Makeup | Eyes That Sparkle |
Mommy suka hair style sebab mommy boleh lebatkan rambut Amal. Rambut Amal sikit sebab genetik kan. Bukan Amal je, Anis dan Adam pon sama. Siapa yang tegur pasal rambut Amal sikit tu, sentap la mak! Tapi mak makan hati berulam jantung je la. Dah Allah bagi macam tu. Pakai la minyak lebatkan rambut? Ok dah dah. Takyah la promote. Nak sponsor bagi boleh la. Nak menjual bukan di sini ye.
|
Aplikasi YouCam Makeup | Hair Style and Color |
Suka tak aplikasi ni? Suka tak? Kalau suka pergi la install di handphone masing-masing. Search "YouCam Makeup".
alolo..comelnya dia...
ReplyDeletehahahahaaa... comel je amal kena make up...
ReplyDeletekalau ada app ni alamatnya makin bertambah la koleksi gambar dalam memory phone tu...hehehehehehe
ReplyDelete~Admin : My New Blogger~
http://munirahmustafar84.blogspot.my
anak saya suka sangat main ni,,belek2 tab mmg banyak gambar die edit..hehe
ReplyDeleteWahhh, lelaju nak p download :P
ReplyDeletemcm nak dunlud hr tu tp malas hahahaha
ReplyDelete