Amal mula panjat tangga 9m22d

Semalam 9 Januari 2016, genap usia Amal 9 bulan 22 hari, Amal mula panjat tangga.


Amal panjat tangga sebab abang Adam dan kakak Anis main dekat bilik atas. Amal pon berhajat nak join sama la tu. Mula tu Amal hanya naik satu sahaja anak tangga dan mommy patahkan hasrat Amal. 

Amal tak putus asa. Sekejap sahaja dia dah berada di anak tangga pertama semula. Laju oi anak! Nak ke mana?

Mommy pon perhatikan la Amal naik anak tangga satu persatu. Setiap kali dia berjaya naik satu anak tangga, Amal akan pusing ke belakang dan meneruskan pendakian(macam naik gunung pulak. Haha).


Gagah betul Amal naik anak tangga sampai atas. Teruja betul Amal nak join abang dan kakak main. Mommy sedang dalam proses mengubahsuai bilik atas menjadi tempat mereka bermain. Tak siap pon lagi. Nanti kalau dah cantik baru lah mommy up dekat blog.  


Ni bila Amal dah pandai naik tangga. Maka mommy kena 200% alert dengan Amal. Masa Adam dulu tak ada anak tangga. Anis pula tak naik tangga langsung sehingga Anis pandai naik dan turun tangga sendiri. Bila dah pandai turun sendiri tu takde lah mommy nak risau sangat. 

5 comments:

  1. Allah Ya Rashid... cepat leh jalan amal ni... hati2...

    ReplyDelete
  2. wah dah boleh panjat2 tangga ni. nak kena selalu perhati lah yer kang tetiba dah ada kat atas.hehehe

    ReplyDelete
  3. dah dapat kaki memang penat la lepas ni mommy nye..hehehehe


    ~Admin : My New Blogger~
    http://munirahmustafar84.blogsot.my

    ReplyDelete
  4. amal....comel nya..tunggu anak aunty pandai merangkak ekh..pastu kita jumpa..boleh lah join korang main..

    ReplyDelete
  5. hati2 ye Amal..kalo perlu pasangla pagar kak..tkut gak kalo tak perasan kan..

    ReplyDelete