Tips anak demam panas

Bila anak demam panas, emak/ibu/mama/mommy/ummi pasti kelam kabut dan susah hati. Lebih-lebih lagi yang mempunyai anak ramai. Ini sedikit tips anak demam panas yang kebarangkalian besar membantu mommy sendiri apabila berhadapan dengan masalah anak demam panas. Apakah tips anak demam panas?

Tips anak demam panas

PERTAMA:-
Basahkan badan anak terutamanya kawasan pelipat seperti ketiak, leher. Boleh gunakan air asam jawa atau air daun bunga raya. Kalau boleh mandikan lagi bagus. 

Hari Isnin selepas mengemas bilik, Anis nampak tak larat. Badan Anis panas bila mommy gagau. Anis demam. 

Tips anak demam panas
Tips anak demam panas

atau

Lekatkan Kool Fever. Mommy letak cool fever di dahi dan belakang badan Anis. Ini respon pantas mommy kerana masih ada baki stok kool fever masa Adam dan Anis demam dulu. Sambil tu mommy basahkan bahagian badan yang lain.

Bila mommy letak kain basah, berlaku lah drama sebabak. Menangis-nangis si anak. "Sejuk. Sejukkk".


Mommy bukan sengaja nak buat Anis sejuk. Mommy nak panas Anis berkurang je.

KEDUA:-
Berikan air kelapa, setengah sudu teh madu bercampur air masak dan satu sudu teh minyak kelapa dara.  Anis senang nak minum air kelapa muda sebab dah biasa minum. Madu pon boleh la dia minum sikit-sikit. Yang menjadi masalah adalah minyak kelapa dara.

KETIGA:-
Pantau suhu badan anak. Mommy check suhu badan Anis, 39 darjah celcius. Panas. Memang terasa sangat bahang dan kehangatan badan Anis. Mommy akan kerap periksa suhu badan anak untuk monitor tahap kepanasan badan anak.


KEEMPAT:-
Pastikan anak makan seperti biasa. Walaupon demam panas, Anis masih nak makan macam biasa. Selagi anak mahu makan dan minum, demam tu dalam kategori under control. 

Walaupon demam, Anis makan seperti biasa.

Anis nak tidur je. Padahal mommy tahu Anis bukan tidur. Anis hanya baring dan menutup mata. Berair mata kerana panas.


KELIMA:-
Suhu Anis turun sedikit sahaja dan naik semula melebihi 39 darjah celcius. Mommy terpaksa bagi paracetamol melalui bontot. Standby ubat demam bontot di rumah untuk kecemasan. Apabila suhu mencecah 39, eloklah diberikan ubat dengan segera.


Kalau ikutkan hati mommy memang mommy tak nak berikan langsung paracetamol kepada anak. Anak tiga orang, mommy layan Anis lebih, Amal dah mengamuk nak mommy juga. Mommy dah cuba macam-macam sebelum berikan paracetamol. Seperti contoh mommy berikan air madu, air kelapa, minyak kelapa dara dan basahkan badan mereka supaya suhu cepat turun. Risau lah kan kalau mommy terlelap, tapi suhu badan anak naik tinggi. Orang lain takkan salah pon sekiranya berlaku sesuatu kepada anak mommy.

KEENAM:-
Bawa anak berjumpa doktor. Secara psikologi nya, cara ini mempercepatkan penyembuhan sakit anak. Bukan anak sahaja. mommy pon macam tu. Kalau di rumah tu tak larat la, sakit la. Bila menunggu giliran berjumpa doktor, boleh rasa sakit berkurang. Takut doktor rupanya penyakit ni! Hahahaaa

Anis mood baik mommy pakaikan dress cantik ni.

Anis tak sempat makan ubat pon. Sampai je di rumah, Anis dah tertidur. Mommy cuma basahkan badan Anis je. Bangun esok pagi, Anis dah sihat. Haaa kan betul mommy cakap. Jumpa doktor pon mujarab!

Malangnya, apabila Anis dah sihat, Adam pula mendapat demam pada hari Rabu. Hari Khamis daddy pon demam juga dan Anis demam semula. Hari Jumaat, Anis dan Adam dah sihat, Amal pula demam. Daddy pon tak baik demam lagi.

Satu minggu dari hari Isnin adalah minggu demam. Bertabahlah mommy melayan anak-anak dan daddy yang demam. Semoga cepat sembuh kesayangan mommy!

1 comment:

  1. Cpt sht. Ok dh coolfever ltk blkg bdn. Kt dahi xyh. Ltk towel bsh je n jelum2

    ReplyDelete